Kerana cuti musim panas sudah hampir berakhir
Saat aku berkeliaran dimuka bumi, aku sentiasa dihampiri makhluk tuhan. Sama ada yang punyai barang yg hendak dijual sehinggalah meminta bantuan kewangan, dan setiap kali itu aku menolak dengan hati yg sangsi dan curiga Sindiket kah mereka? Betul2 susah kah mereka? Dan macam macam lagi la monolog dalaman. Tapi aku lupa Sebuah kebaikan itu bukan dititip kira dari si penerima tapi sebaliknya sipemberi Buat apa bersangka buruk dengan manusia, saudara kita itu Andai itu memudahkan urusan mereka, bukankah kita tumpang bahagia? Dan kini, aku perhati sudah tiada yg dtg meminta, sudah kurang lubuk pahala yg satu. Adakah sebab aku kikir, tuhan berkira dengan aku? Maafkan aku yaAllah, kerna gagal menjadi wakil titipan rahmat buat manusia.