Tuesday, March 14, 2017


Ku merenungi segala dosa dosaku,
Aku menghitung segala dosa dosaku..
Sungguh ia tidak terkira,
Sungguh ia tak terkata,
Hidupku bagai hanyut,
Terumbang ambing dgn dosa.

Ku tidak tahan lagi hidup jauh darimu,
Ku tidak tahan lagi hidup dgn dosa,
Ku rasa hina malu denganMu,
Setelah apa yang ku laku,
Ku tak berdaya lagi,
Ku mahu kembali..

Ku merasa pilu melihat diri aku sendiri,
Ku rasa sayu hidupku tiada arah dan tuju..

Apa gunanya hidup ini,
Andai kau murka kepadaku,
Ku mula menyesali,
Ku menangisi dosa lalu.

Bebaskan daku,
Dari nafsuku..
Merdekakan ku,
Dari dosa noda,
Ku rindu padamu, Allah.
Bebaskanlah diriku.

Whenever there are times we are out of our control. Whether its control of rage or desire. You just need to disconnect. And reconnect again.

Disconnect with those making you lose focus and to reconnect with Allah.

Jazakillah khair ukhti. 

Wednesday, March 8, 2017

Books

Pembaca perempuan biasanya baca novel sebab nak berangan, kan? Sebab tu majoriti suka baca novel cinta - Yani

Tak baik sterotyping gitu, mungkin ramai je yang baca atas dasar eskapisme. Tapi ramai je lagi yang baca to find deeper things than that. Than just dreaming of prince charmings and happy endings - Husna

The part where my heart struck and bled. 

Why do we read a book? Why do I read a book, what do I find in it? Do I read to know, or am I just going with the flow? 

Dan macam biasa bersesak-sesak persoalan menjunam ke dalam kepala lagi tentang diri ini yang marhaen. Kosa kata pun ternyata bunyi fakir sekali. Kalau benar lah asbab membaca adalah untuk berangan, angan untuk jadi mujahid dan conquer ustaziatul alam tak salah, yang jadi masalah adalah angan mat jenin. Angan yang tiada proses amal pun.  

Suka untuk kongsi satu sabda rasulullah, tentang angan. Yang I find it very close to me,

Sabda Baginda SAW: "Sesiapa yang cenderung kepada dunia, akan menghadapi empat masalah. Masalah kegusaran yang berpanjangan, kesibukan yang tiada sempadan, kekayaan yang tidak dapat dicapai dan dinikmati serta angan-angan yang panjang tanpa kesudahan." (Kitab Zabdah Al-Wai'zin)

Di kelas elective, advanced oncology tadi, dr gaber ada sebut, life is synchronous, go for it!
Dan ternyata umurku yang menginjak ke angka 3 dekad, patutnya menjadi nuktah bidayah(titik permulaan) untuk lagi memaknai disebalik penciptaan manusia dan alam ini. 

Aku harus ada mindsetting untuk menjadi muslim yang lebih ahsan kali ini. Bermula dengan menyusun apa yang hendak di baca, apa ilmu yang akan disarungkan pada  dada, dan gerakkan  sel-sel neuron yang brsambung dan  mentadabburi alam sekeliling.

Mohon doa di sampaikan ramadhan untukku dan ahli beit
Mohon doa agar tahun ini, tahun yang teruja untuk terus berdakwah. 


Saturday, January 7, 2017

Niat itu, ada pada awal, pertengahan dan penghujungnya.

2017, aku menderapkan kaki untuk terus melangkah sehinggalah jiwa ku dirobek malaikat maut.

Tuesday, November 29, 2016

zikr di bibir

Aku masuk lift seusai kelas alquran. Dari tingkat atas, lift terbuka, dan dalamnya dah ada seorang aunty.

Slowly, i paced in. The lift slowly moved downwards, with an utter silence. Since it was a little squashy, i didnt know where else to look melainkan to the lady.

Dia terkumat kamit,
Zikir barangkali.

Aku tunduk, turut mahu menuturkan zikir from the back of my head. Inwas searching and searching until the lif reached ground floor.

Kami berdua keluar.

I wanted to ask her, but i had no guts. Dia dah berlalu sedikit jauh, when suddenly, i cried out,

Law samaht, enti bit ul eh ? 
(Excuse me maam, what were you saying back then)

A bit startled but managed to put on a smile, she replied,

Zikr.

I asked again,

Zikr eh?
(Zikir apa)

Ayyi haggah, subhanallah wa binhamdihi, SubhanAllahil 'azim, astaghfirullahil 'azim zay keddah.
(Apa sahaja ~)

I then carved a huge smile in reply,

Shukran!

'Afwan was the answer.

:')

Indah kan hidup bersyariat, berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi yg sama,
Tiada yang membezakan melainkan taqwa itu. 

Allahu T-T.

"Tuhan, berilah aku kesempatan untuk perolehi segala permata-mata di ardhul kinanah ini, sebelum aku meninggalkannya kelak,

Ameen ya rabb.

Saturday, November 26, 2016

Expectation is the root of all heartache william shakespeare