Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

aina Allah fil Qalb?

Lewat petang di ibrahimiyya, disapa oleh angin berderu si kipas, dan hingar bingar yang sayup kedengaran di luar rumah, tiba-tiba lampu telefon bimbit menyala, mesej whatsapp masuk, rupanya di sapa anak usrah binaan pertama saya, suatu ketika dahulu di KTT.

Kami berqadhaya, di antara dua benua, asia dan afrika, kami bertukar pandangan tentang realiti dakwah. Memang hakikatnya, dakwah itu susah, kerana kita berdapan dengan manusia, yang bermacam ragam. Apatah lagi nak jadi pemikir dakwah, memang boleh buat pecah kepala. Sebab strategi dakwah memang memerlukan mereka yang berpengalaman dan bersemangat. Di mana, kedua-dua kombinasi ini adalah kombinasi si tua dan si muda.

Si tua dengan pengalaman dan si muda dengan semangat. Akhirnya kedua-dua ini membuahkan sinergi yang luar biasa dalam sebuah organisasi dakwah itu.

Dan banyak lagi yang kami bicarakan sehingga tiba pada suatu soalan yang ditanyanya,

"akak, macamana nak bina manusia? Maksudnya macamana nak tahu yang kita dah bina di…