aina Allah fil Qalb?

Lewat petang di ibrahimiyya, disapa oleh angin berderu si kipas, dan hingar bingar yang sayup kedengaran di luar rumah, tiba-tiba lampu telefon bimbit menyala, mesej whatsapp masuk, rupanya di sapa anak usrah binaan pertama saya, suatu ketika dahulu di KTT.

Kami berqadhaya, di antara dua benua, asia dan afrika, kami bertukar pandangan tentang realiti dakwah. Memang hakikatnya, dakwah itu susah, kerana kita berdapan dengan manusia, yang bermacam ragam. Apatah lagi nak jadi pemikir dakwah, memang boleh buat pecah kepala. Sebab strategi dakwah memang memerlukan mereka yang berpengalaman dan bersemangat. Di mana, kedua-dua kombinasi ini adalah kombinasi si tua dan si muda.

Si tua dengan pengalaman dan si muda dengan semangat. Akhirnya kedua-dua ini membuahkan sinergi yang luar biasa dalam sebuah organisasi dakwah itu.

Dan banyak lagi yang kami bicarakan sehingga tiba pada suatu soalan yang ditanyanya,

"akak, macamana nak bina manusia? Maksudnya macamana nak tahu yang kita dah bina dia betul-betul, saya selalu rasa saya tak cukup lagi bina anak-anak usrah saya,"

terdiam,
berfikir,
lantas saya mengulangi soalan kepadanya kembali,

"awak rasa macamana?"

jawab dia,

"buat macamana Rasulullah buat,"

"tarbiah dengan alquran, bawa diorang pada Allah itu balik,"

"tarbiah diorg sampai diorang pun nak bawa dakwah itu...nak jadi menjadi pendokong islam itu juga."

terdiam,
kagum dengan kematangan dan kefahamannya.

Dalam buku 'bagaimana menyentuh hati'  karya shaikh abbas as-sisi, kita dapat lihat kehidupan generasi pertama hasil didikan imam al banna, iaitu penulis sendiri, shaikh abbas as-sisi.Di mana jelas terpancar kesan positif, tarbiyah quraniyah itu dalam membentuk pejuang dakwah.

tarbiyah quraniyah

Dan langkah yang mereka tempuhi dalam jalan dakwah ini adalah berorientasikan dengan membersihkan hati dengan hidayah ilahi terlebih dahulu.

membersihkan hati dengan hidayah ilahi

maka kedua-keduanya adalah saling terkait, kerana al-qur'an itu sendiri merupakan firman atau kata-kata dari Allah swt.

Dan akhirnya, hubungan secara langsung kita dan Dia itu, meneguhkan hati dalam membawa agama Allah itu, lantas akan menghasilkan pendokong dakwah yang jelas matlamat dan tahu hala tujunya!

Inilah yang saya ingin kesimpulkan dari jawapan anak usrah saya.

Kerana  untuk memahami dakwah itu, harus difahami dengan mata hati, dan mata hati seorang mukmin itulah yang terbaik.
Rasulullah ada bersabda, 
"waspadalah kalian terhadap firasat seorang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah".
Maka kefahaman itu, tidak dapat tidak, seharusnya diiringi dengan tindakan amal, barulah mengikuti sunnatullah.

Wallahualam

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics