Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Sedetik waktu.

Post daurah mansoura 
Apa yang ada dalam kotak pemikiran soerang daie itu?
Macam-macam dan cacamerba. Itulah aku, sehinggakan aku sangsi pada logam sendiri, lalu ditanya kepada daurah mate merangkap kakak seusrahku,
Apa logam saya kak su?
Kata kak su
Logam kiki adalah bercakap, cuma mungkin perlu polish here and there dan perkemaskan lagi kerana ada lacking sikit-sikit.
Kata kak su lagi
Kiki rebellious dalam ketaatan.
Itu yang menarik perhatian jiwa. Rebel dalam ketaatan?
Ada benar pada tutur kata kak su, masih aku ingat satu ketika dahulu, sekeliling aku waktu itu ramai yang berselimpang tudungnya, bangga dengan mempersembahkan apa yang di atas dada itu, menayangkan sesuka hati kepada yang bukan muhrim sehingga aku merasai, itulah fesyen.
Namun, ummi abah tidak pernah ajar memakai tudung sedemikian rupa, lalu aku salahkan mereka sedikit dek kerana tidak mengajarku cara berhias, lalu aku menyelimpang tudung untuk beberapa detik dengan yakin bahawa itu fesyen abad ini, bergaya dan moden bukan.
Tap…

sentuhan murabiyyah yang pertama.

masih segar menghirup udara segera malam,
masih mampu menekan kekunci papan komputer,
masih boleh mencuba menulis sesuatu yang ruhiy, yang qawiy,
di ruangan bicara ini,

semua dengan izinNya.

Masih segar diingatan
ajakan pertama seorang ukhti,
tegar mengajak keluar pada hujung minggu
pada hari itu, pada tahun itu,
katanya mahu mempertemukan aku dengan kembarku,
membuat aku teruja untuk menyahut jemputannya.

sikit aku sedari,
itulah tarikan pertama aku,
masuk ke dalam kancah dakwah ini,

hakikat daurah pertama waktu itu,
yakni membicarakan satu sejarah agung,
di mana islam pernah menguasai bumi,
mengubah seorang aku menjadi seorang muslim.

naif untuk aku cernakan,
bahawa aku bakal merasai
sentuhan pentarbiyahan
yang suci dari seorang naqibah.

yang membawa aku mengerti segala jenis frasa dakwi yang aku gunakan hingga kini,
dari sesimple tarbiyyah, usrah, dakwah,
kepada frasa kompleks,
taarif, takwin, tanfiz.

sungguh sentuhan pertama itu
memberi kesan yang dalam,
pada diri sendiri juga pad…

cenderung kepada sesuatu kecendurangan

Dua tiga detik yang berlalu, semenjak dua menjak ini, terasa seperti asyik cenderung kepada sesuatu yang kurang soleh.
memang betul, kesolehan itu tidak mampu dijudge hanya dengan memperlihatkan luaran, tapi hakikatnya andai melakukan sesuatu yang terang-terangan telarang dek kerana kurang kefahaman, bukankah itu kurang soleh namanya?
hati itu perlu dihijabkan dengan rapi.
Dari panahan mata yang menterjah ke dalam sanubari, Dari godaan untuk terus bergelumang dengan kejahilan dan kemaksiatan, Dari memperucapkan kalimah yang tidak tayyibah.
kerna hanya dengan menghijab hati barulah ia mampu tunduk dari pandangan buas itu dari mendengar perkataan tercela itu dari melakukan perbuatan terkutuk.
kerna sungguh kadang  hati terlepas pandang.
jadi persoalannya adalah, andai hati itu cenderung ke arah negatif, maka adakah waktu iman itu juga, tengah merudum, tersungkur ke bumi?




Random scrolls of thoughts.

Sekolah perubatan kembali lagi, bezanya cuti kali ini luar biasa lamanya. Jadi akan cuba mengugahkan diri ke sekolah dengan semangat waja dan jiwa yang kental.

Setelah kembali dari eropah timur, agak disibukkan dengan amal dakwi, sehingga terlupa untuk tengok amal sendiri.

Banyak ter'slip', banyak yang ter'excuse' dengan alasan kepenatan, ketiadaan masa dan segala aneka jawapan yang kalau dinilai balik oleh piawai jawapan munasabah, agak memihak pada diri sendiri, which is purely bias.

Dewasa ini, fikiran asyik melayang dek kerana memikirkan banyak kerja dalam suatu masa sehinggakan suatu masa itu berlalu dengan pantas.

Jadual cuti untuk 'catch up' dengan segala video tarbiyyah, bacaan tarbiyyah dihimpit oleh kerja yang menimbun.

Berbekalkan kepenatan minda, otak masih ligat memikirkan perkara yang masih belum selesai. Sampai bilakah perkara ini akan selesai?

selagi kita tidak mampu selesaikan perkara yang labih aula, selagi itulah, perkara furu' akan datan…

Kitaran Bodoh itu lagi?

Nyawaku diberi pinjam oleh Sang Peminjam.
Di pagi hari bangun, menyangka kehidupan seperti biasa, lantas akibat terlalu mengikut hawa kepenatan itu, sejurus doa habis mathurat, bergegas melompat naik ke katil, menghempas tubuh di atas tilam keras itu, dan menarik selimut semula.
Sangkanya mahu pejamkan mata, tapi terlelap. Sangkanya lelap seminit, tapi tertidur berjam-jam.
Dikejutkan dengan suara-suara yang melantun sekitar bilik. Menyangka 'lalat' mana yang datang kacau waktu tidur ini, setelah dipisat-pisatkan mata, terkebil-kebil melihat jarum besar menuju ke nombor satu dua, anak dara apa yang masih di atas katil didodoikan bantal busuk dan ditemani selimut yang bergumpal ?
Tergocoh keluar dri tempat beradu, mencapai segala apa yang didepan mata, buku, spek mata, jam, beg, eh???
Lupa, masih belum mandi. Lupa, masih belum dhuha. Lupa, masih belum tilawah.
berhenti sejenak dua, menarik nafas dan menuju ke bilik air.
selepas membersihkan diri , bersiap siaga untuk menempuh hari itu. be…