Random scrolls of thoughts.

Sekolah perubatan kembali lagi, bezanya cuti kali ini luar biasa lamanya. Jadi akan cuba mengugahkan diri ke sekolah dengan semangat waja dan jiwa yang kental.

Setelah kembali dari eropah timur, agak disibukkan dengan amal dakwi, sehingga terlupa untuk tengok amal sendiri.

Banyak ter'slip', banyak yang ter'excuse' dengan alasan kepenatan, ketiadaan masa dan segala aneka jawapan yang kalau dinilai balik oleh piawai jawapan munasabah, agak memihak pada diri sendiri, which is purely bias.

Dewasa ini, fikiran asyik melayang dek kerana memikirkan banyak kerja dalam suatu masa sehinggakan suatu masa itu berlalu dengan pantas.

Jadual cuti untuk 'catch up' dengan segala video tarbiyyah, bacaan tarbiyyah dihimpit oleh kerja yang menimbun.

Berbekalkan kepenatan minda, otak masih ligat memikirkan perkara yang masih belum selesai. Sampai bilakah perkara ini akan selesai?

selagi kita tidak mampu selesaikan perkara yang labih aula, selagi itulah, perkara furu' akan datang dan menghalang laluan untuk otak kita terus berkembang.

selain kepenatan minda, masa juga menghantui, seolah-olah kita makhluk yang paling tidak menghargai masa, walau hakikatnya sebegitu.


maaf.

penulisan juga bercampur baur, membuktikan betapa cacamerba fikiran di kala hening malam yang sepi ini, di sapa oleh dengkuran roomate.

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics