Tuesday, June 27, 2017

bergaul dengan manusia mengajar untuk lebih sabar, dan itulah sebaiknya.

*peshhhhhh*

bunyi minyak yang panas itu waktu di letakkan bergedil-bergedil gebu itu ke dalamnya. Manik-manik peluh perlahan-perlahan menitik di kiri kanan ubun-ubun. majlis open house bakal bermula, dan Kak chik baru memulakan sesi penggorengan.

setelah beberapa ketika, kak chik godakkan bergedil untuk diterbalikkan, dan ternyata sekali hiba dan hampa hati kecilnya, hancur rupanya. Dia tak solidify betul-betul sebalik nya terburai dalam minyak tersebut.

segera dia sedikit panik dan seketika pejamkan mata dan menenangkan dirinya. 
"takkan tak jadi semua bergedil ni," getus hati kecil waktu itu. 

lantas terimbau perbualan kecil antara dia dan Along, 
"hari tu, kawan Along ada buat bergedil pastu tak jadi, nasib baik dia bijak, lepastu pergi salut dengan serbuk roti."

yes! 

Dia terus menerpa ke dalam bilik tidur dan ambil di rak seplastik kecil serbuk roti. Cepat-cepat dia memasukkan serbuk itu ke dalam mangkuk dan terus saluti bergedil itu, di cuba gorengkan beberapa, alhamdulillah, menjadi.

sambil tengah menggoreng-goreng, ucu melaung dari luar dapur,
 "Kak Chik, ais tak menjadi la, macamana nak sejukkan sirap ni nanti,"

Kak chik terkedu  seketika. tugas mudah yang diberikan, buat kan ais. 
bukan tak dibuatnya, tapi ais itu yang tidak beku. Tapi hasilnya tetap tidak menjadi.

"kenapalah waktu ini jugak peti ais ini meragam," bisik hatinya.

melihatkan kak chik yang tidak memberi reaksi dalam kadar segera, ucu mendekati kak uda untuk membincangkan back up plan ais. 

"cuba ambil plastik lain,"
"cuba tengok peti sejuk punya suis,"
"okay, kita masukkan sebahagian air sirap dalam peti sejuk bahagian bawah dan sejukkan dia sebagai backup,"

begitulah sebahagian dari perbualan yang sayup-sayup didengari oleh Along. sedikit terkilan sebab tak mampu nak selesaikan masalah yang dia sendiri sepatutnya selesaikan. 

tiba-tiba uda masuk dapur,  mukanya sudah sedikit cemberut,
"kak chik , kak ngah kata bawang goreng ada, mana tak jumpa pun?"

"kak chik pun tak tahu kat mana" jawab Kak chik perlahan,

"habis tu macamana sekarang, takkan macam tu je" balas Uda laju,

waktu itu jugak, masuk Angah ke dalam dapur, 

"buat bawang goreng sendirilah, lagipun hari tu memang kak ngah tengok banyak lagi" Angah memperthanakan dirinya,

muka kak uda dah macam The Hulk, sedikit mendung dan kening sedikit terangkat, 

"kalau memang nak buat sendiri, inform awal-awal. takdelah perlu kecoh-kecoh sekarang" balas uda. 

"meh la kak chik buatkan, kamu semua cuba check apa-apa kat luar tu andai perlu any final touch, dah nak pukul 12 ni" kak chik cuba memutuskan ketegangan yang berlaku.

"kak chik pernah buat tak?"tanya uda.

"tak, tapi boleh cuba, mudah kan sepatutnya?" balas kak chik.

"ikut kak chiklah," lalu uda keluar dari dapur.

Lantas Kak chik mengambil bawang-bawang untuk dihiris tu dan sprinkle kan tepung gandum di atasnya. Lau digorengkan bawang hirisan tersebut. 

Setelah dapur itu reda, Angah mengintai dapur, 

"Kak chik, jadi tak bawang gorengnya?"

"macam tak jadi sangat, tapi cuba kamu tnegok rupa dia, macam layu je"

Angah pun mendekati wok itu, dan selepas seketika, terjerit kecil,

"Kak chik, ini macam nak tumis bawang, bukan nak buat bawang goreng,ada letak tepung tak?"

kak chik menunjukkan bekas tepung dan bawang itu ke arah Angah.

"ini bukan letak tepung, tapi ni tabur tepung, letak banyak sikit, dan gaulkan betul-betul"

kemudian Angah terus ambil alih dan menyambung menggoreng bawang.

kak chik dari tadi, cuba menahan kolam air matanya, namun dirasakan sudah terbocor dan merembeskan isinya ke atas mukanya.

dia segera cari bilik kosong dan terus ditekup mukanya. Putus asa dan tidak berguna, seolah-olah tiada manfaat pun dirinya. Dia berada dalam keadaan yang begitu hiba.

tiba-tiba dia merasakan sebuah tangan melingkari bahunya, 

"kak chik sedih ke ni?" terdengar di balik esakannya, suara kecil kak long.

"kak chik rasa pathetic, I feel as if I fail in everything i do, i don't have a gifted hands, and I ain't contributing a lot pun dalam makan-makan ni!" Kak chik memuntahkan isi hatinya.

kak long mengusap lembut bahu kak chik.

"kak chik, memang akan rasa macam tu, tapi akhirnya Allah tunjuk jalan keluar juga. Cuba ingat balik, apa sebab kita buat open house? Kita nak jamu orang, kita nak orang lawat rumah kita,kita nak orang happy-happy hari raya kan?"

perlahan kak cik mengangguk. 

"tapi kenapa orang kena marah-marah bila nak mengajar atau menegur?" sambung kak chik sedikit naik suaranya.

"manusia ni, memang macam-macam ragam, termsuklah diri kita, ada orang cara mengajar dia dengan sedikit tegas, ada orang boleh menegur dengan baik, walau apa pun caranya, akhirnya, kita semua nak hasil yang terbaik dan menjadi, takde siapa mengajar untuk lihat kegagalan, lagipun hari ni semua kepenatan kak long tengok, semalam masak macam-macam untuk makan pagi raya, rendang ayam, kuah kacang, lontong bagai-bagai,lepastu disambung dengan masak mee soto untuk open house hari ni jugak, jadi mungkin dah habis tenaga sedikit, jadi kalau ada yang tak menjadi, berdebar la sedikit." jawab kak long panjang lebar, cuba mencari logika-logika terhadap prasangka kak chiknya,

"jadi, kita betulkan balik niat, dan kita belajar la dari apa yang kita lemah sekarang. Life lessons ni are too valuable that you won't learn elsewhere as in you tubes or read it in blogs but unless you go through it with humans, then you'll learn. Contohnya orang yang tempah catering, takkan rasa kesusahan memasak sendiri berbanding orang yang memasak dari alar umbinya! Jadi berbahagialah sebab Allah nak bagi lessons independent di dapur, "

segera kak long menyapu saki baki air mata kak chik, dan menyambung,

"dah la tu, tak mau sedih-sedih hari yang semua umat islam gembira, dan inilah salah satu untuk dirai, kemenangan untuk lebih independant,"

"dalam kita bergaul dengan manusia, kita seharusnya lebih sabar dalam memahami manusia itu juga."
lantas mereka berpelukan dan ketawa bahagia.

****

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنَ الْمُسْلِمِ الَّذِى لاَ يُخَالِطُ النَّاسَ وَلاَ يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ ».
“Yahya bin Watsab meriwayatkan dari seorang alim dari shahabat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya seorang muslim, jika ia bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas gangguan mereka.” HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, no. 939
petikan artikel : http://dakwahsunnah.com/artikel/hadits/273-jika-ingin-bergaul-harus-sabar-dan-banyak-tenggang-rasa
Selamat menyambut Hari Raya Aidil fitri,
maaf zahir dan batin,
Salam 1 syawal 1438 H.

eid mubarak 1438H

Eid Mubarak!

Today is 2nd Syawal and this year might be my last moment to spend Raya di perantauan. Everyone enjoyed raya. We will always have an annual event conducted by malaysian students, we will gather, here we would se a rainbow of beautiful creatures, swooning into the hall, with all sorts of colors and fashions, subhanAllah, very beautiful, in conjunction while waiting, some leaded the takbir.

Allahu akbar, allahu akbar, allahu akbar, 
lailahailallahu wallahu akbar, 
allahu akbar walillah ilhamd.

sayu sungguh menegenangkan berlalu sudah ramadan. 
dan gembira dengan kemenangan umat islam!

after some time we would pray solat aidil fitri, then we will still in position to listen to the khutbah and and after that, the most awaiting event, MAKAN! there would be prosperous juadah, from rending, to sate to kuah kacang up to all sorts of kuih raya then we would disperse accordingly,go photoshoot anywhere, and if Egyptians especially Alexandrians, its their culture to have photo shoot near the beach, so this year we tried to follow the egyptian like culture, some will go back home, some will do ziarah menziarahi,and some will be attending open houses because some even make open houses, How awesome is that!So you don't have to fret because people here'll try to ensure that you have the blast celebration ever!

and to spend raya here is actually a choice to some, and not to many. Dua tiga menjak, sudah tidak menjadi kebiasaan untuk generasi muda menghabiskan masa-masa berharga di negara orang, sebaliknya ramai opt untuk tempah ticket perjalanan yang memakan harga beribu tu untuk di samping orng yang tersayang. They are not a choice to many because some are in examination
 period thus, actually, they have to face major exams right after eid celebration. And so i was messaging one of my anak us rah to ask how her Raya was, and to say she was in such misery, she wanted to go home so badly, and she was so concerned about being able to pass her exams, so she didn't spend her Raya as much as her other friends did. I tried to soothe her as much as possible. 

thus, quoting, from our khatib during solat Raya, he said, pepatah arab ada kata, 

bukanlah eid itu siapa yang berpakaian baru,
tetapi eid ialah siapa yang diselamatkan di hari yang ada azab.

so how do was your Raya? 

apa pun, ucaplah hamdalah, kerana masih di beri kesempatan untuk hidup dan melalui kehidupan dengan ketaatan kepadaNya.


Wednesday, June 21, 2017

Peace be upon you






قيل السعادة : أين تسكنين ؟ 
قالت : في قلوب الرضيين بقضاء الله


A magical truth.

Kalau hati rasa tak suka, jangan paksa, 
Sebaliknya, pujuklah dia dan beri kefahaman, rationalkan akal, maka hati akan faham, kenapa harus taat pada yang satu? Kenapa kena esakan Allah? 
Automatically,hati akan tunduk. 

Exactly what happened to the magicians who were in a battle of wands against nabi musa.

Mereka berkata, "Wahai Musa! Apakah engkau yang melemoarkan dahulu,atau kami yang lebih dahulu melemoarkan?"

Dia (Musa) berkata, " Silakan kamu melemparkan!" Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat-tongkat mereka terbayang olehnya Musa seakan-akan ia merayap cepat, kerana sihir mereka.

maka Musa merasa takut dalam hatinya.

Kami berfirman, "Jangan takut! Sesungguhnya engkaulah yang unggul. dan lemparkanlah apanyang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka buat. apa yang mereka buat itu hanyalah tipu daya pesihir. Dan tidak akan menang pesihir itu , dari mana pun ia datang"

Lalu pesihir itu merunduk bersunud, seraya berkata, " Kami telah percaya kepada Tuhannya Harun dan Musa."

(Taha : 65-70)


Hari ke 26 Ramadan 1438

 “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah…. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (At-Taubah: 18)

Saat muka jatuh menyimbah bumi, bertamu muka dan tanah, sayu. Berderai hati yang selama ini ditutupi dengan fisik yang digagahkan untuk terus tampak kuat di mata manusia. 

Sejak akhir-akhir ini, dalam tempoh ramadan ini jua, terlalu banyak karenah manusia yang bermacam ragam yang mencuit, menumbuk lantas kini merobek hati. Rupanya bermuamalah dengan manusia memenatkan. Memang benar, kita boleh mencintai dan mencari kebaikan manusia itu, tapi kita tidak lari untuk rasa disakiti dan asyik terserempak dan dibukakan keburukan demi keburukan manusia itu.

Sebab itu, hati itu meronta penawar. Merayu dan membujuk utk sebuah dermaga kebahagiaan. Qalbun salim. 

Dan the heart found its way home at last, to be safe and sound in the hands of Allah.

Teringat pada minggu awal ramadan, seorang ukhti berkongsi muat turun status seorang ukhti lain, tentang terikatnya hati dengan masjid. 

Jangankan sebab bacaan imam yang syahdu, imam yang baca seringkas qul huwallahu ahad, sesuai dengan keinginan kita yang ingin cepat-cepat aje habiskan terawih ataupun alat penghawa dingin yang tip top mahupun desaign superb masjidlah yang menjadi asbab kita pergi ke masjid itu tetapi ikatlah hati kita dengan pemilik rumah Allah itu sendiri. Semata-mata.

“Ada 7 golongan orang yang akan dinaungi Allah yang pada hari itu tidak ada naungan kecuali dari Allah; salah satunya ialah seseorang yg hatinya selalu terpaut dengan masjid ketika ia keluar hingga kembali kepadanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Saat ini, detik kian berlalu dan tanpa disedari, sudah hampir mencecah enam tahun menjalani kursus perubatan ini. Siapa sangka, diri ini akan menghabiskan ijazah di negeri yang dijuluki dengan kota seribu menara. At first, the fame didnt catch my attention, i ws more to refer Egypt as ardhul kinanah or bumi yang adanya jejak musa dan ada juga jejak firaun. But now, I think the seribu menara thingy actually suits Egypt a lot more. 

Menara refers to the masjid's tall building. Its used by the muazzin to call upon muslims five times a day to submit to Allah alone. In the past it was also used as a safety measure, to actually look afar incase enemies were pouncing on them.

It was said that once a man tried to count the tall minarets in Cairo and found out that all of them nearly mounted the value of a thousands thus thats why its called as so. But nevertheless, without counting, we could admit that there are countless of masjid here. 

In Alexandria to be specific, around my own neighbourhood there up to 15 masjid and maybe more. And thats what I am keen to write as my 26th catatan ramadan. This year, i havent put an intention to actually masjid hop, but i have been to countless masjid and each masjid will give that feeling of serenity and excitement of its own. 

Whether the imam itself can beautifully invite us to indulged in the words of Allah. They read calmly, peaceful and enough to make eye streak without realising. 
Some masjid i went, the jemaah/para makmum are so nice and enthusiastic enough to want to liven up the masjid, imarahkan masjid dengan bermacam-macam events, ada yang buat liqa tadarrus tersendiri, ada yang tilawah terusan, ada yang terus menerus bermuhasabah di atas tikar sejadah. 
And some masjid have open air area and had such surrounding where, you could feel the cool air breeze on your face and give that natural smell of fresh air, and some masjids had nice carvings of the names of Allah, doa quotes from the quran, and some had good reminders, such as to read doa before entering and leaving the masjid, what to read as azkar after solat, and even to niat iktikaf!

Tapi like i said, don't let these external factors dismiss the one and only reason for us to be in love with masjids. 

“Sesiapa membangun masjid bagi Allah mencari ridha Allah, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di surga.” (HR. Bukhari Muslim)

Maka terus siap menjadi pemuda yang terus mencintai masjid hanyalah unk peroleh keredhaanya. Let that heart lead your way to find peace in the House of Allah, in the midst of this messy world. 

Akhir kata, masih berbaki hari-hari untuk buatkan 'bento' atau mencari bekalan untuk sampai ke Ramadan yang seterusnya. 

Berpuasalah bagi yang mampu, berdirilah untuk solat malam, lantunkan kalam-kalam ilahi, dan tadahlah tangan mu untuk meminta dari pencipta, 

Pintalah, rintihlah, mintalah pada Allah,  sesungguhnya kita semua butuhkan sebuah kemaafan dari Sang Pemilik Cinta dan Sang penakluk bumi serta seisinya ini.

"Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, kerana takut kepada azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? " (Az Zumar : 9)


Sunday, June 18, 2017

Malam ke 23 Ramadan 1438

170617
23Ramadan1438

🎵 jikalau Kau ampuni aku, itulah Hari Raya sejati bagiku 🎵

Menjadi pemuda yang benar memerlukan cahaya hati yang mampu meresap kebenaran itu. Dan ramadan ini semoga aku sentiasa membenarkan setiap detik hanyalah semata untuk Allah.

Saat menjelang detik detik terakhir bulan Ramadan, mendapat ganjaran malam yang lebih baik dari seribu bulan itu, tentulah idaman para mukmin, and above ALL, what we are suppose to be more in need of is, ke ampunan Allah. 

Kalau tidak, Rugi dan Celakalah kita. 


Friday, June 9, 2017

Approaching the 15th Ramadan 1438

Today is a Friday,
Today is 14th of Ramadan. 

Its nearly half way through and last night I was sobering to an ukhti, how pathetic i feel. 
There were days where i didnt have time to soak myself from the words of my Rabb and nearlt twice or thrice were there times i used my morning to the fullest. Yang lain, was history. 

Dan bila borak through phone call semalam, I knew it was the perfect decision. 

Cuba tengok surah ali imran, ayat 133, kata dia
  وسارعواْ إلىًٰ مغفرةٍ من ربكم
Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu,

Dan cuba pula tengok surah al jumuah, ayat 9, katanya lagi,
فاًْسعواْ إلىٰ ذكراْللّه
Maka segeralah kamu mengingat Allah,

Lembut dia meneruskan pertanyaan dia, 
Apa beza سارعو dan فاْسعواْ

Sari'u menunjukkan segera yang tak perlu fikir, you automatically seek forgiveness from allah, Allah kan Maha pengampun,
Lagipun kita ingin mendapatkan syurga yang luasnya langit dan bumi itu, bukti Allah Ar Rahman sangat merciful dan sangat nak hamba-hambaNya kembali kepada Dia,

While fas'au pula menunjukkan satu perbuatan yang segera yang perlu ada penyediaan, Sebagaimana
Yang bersegera di sini adalah untuk melakukan solat jumaat yang perlu kepada satu penyediaan yang jitu, mana mungkin kalau kita terjaga dari tidur, terus boleh solat, perlu bangun sampai conscious, perlu ambil wudhuk, perlu diiringi sunnah-sunnah hari jumaat, baru lengkap solat jumaat kita tu, betul kan?

Hakikatnya, bulan ramadan, perlu kan kepada keduanya sekali. Rugi la kita menjadi pengamal yang jahil, dan rugilah menjadi orang yang bertangguh dalam mencari ke ampunan.

Allah sangat dekat, jadi pintalah ampun dariNya meskpiun tengah berdiri, duduk mahu pun di perbaringan, mintalah dan bersegeralah!

Memang betul, bukan la kita berhadafkan hamba ramadan. Dan menjadi hamba Allah adalah orang yang mengambil peluang sepenuhnya manfaat di bulan Ramadan ini. Tetamu agung ini akan berlalu, dan kita, dengan izinnya, akan meneruskan perjalanan sepanjang bulan-bulan yang seterusnya. Cukupkah bekalan tika Ramadan ini, seandainya kita kelaparan atau kehausan atau keletihan ?

Wahai Ramadan, moga jiwaku terus damai dengan mu.
Terima kasih ukhti atas suntikan antibiotic iman, se sungguh nya diri ini memang tengah demam maksiat dan lagha.

Moga Allah jagakan mu jua!