bergaul dengan manusia mengajar untuk lebih sabar, dan itulah sebaiknya.
*peshhhhhh*
bunyi minyak yang panas itu waktu di letakkan bergedil-bergedil gebu itu ke dalamnya. Manik-manik peluh perlahan-perlahan menitik di kiri kanan ubun-ubun. majlis open house bakal bermula, dan Kak chik baru memulakan sesi penggorengan.
setelah beberapa ketika, kak chik godakkan bergedil untuk diterbalikkan, dan ternyata sekali hiba dan hampa hati kecilnya, hancur rupanya. Dia tak solidify betul-betul sebalik nya terburai dalam minyak tersebut.
segera dia sedikit panik dan seketika pejamkan mata dan menenangkan dirinya.
"takkan tak jadi semua bergedil ni," getus hati kecil waktu itu.
lantas terimbau perbualan kecil antara dia dan Along,
"hari tu, kawan Along ada buat bergedil pastu tak jadi, nasib baik dia bijak, lepastu pergi salut dengan serbuk roti."
yes!
Dia terus menerpa ke dalam bilik tidur dan ambil di rak seplastik kecil serbuk roti. Cepat-cepat dia memasukkan serbuk itu ke dalam mangkuk dan terus saluti bergedil itu, di cuba gorengkan beberapa, alhamdulillah, menjadi.
sambil tengah menggoreng-goreng, ucu melaung dari luar dapur,
"Kak Chik, ais tak menjadi la, macamana nak sejukkan sirap ni nanti,"
Kak chik terkedu seketika. tugas mudah yang diberikan, buat kan ais.
bukan tak dibuatnya, tapi ais itu yang tidak beku. Tapi hasilnya tetap tidak menjadi.
"kenapalah waktu ini jugak peti ais ini meragam," bisik hatinya.
melihatkan kak chik yang tidak memberi reaksi dalam kadar segera, ucu mendekati kak uda untuk membincangkan back up plan ais.
"cuba ambil plastik lain,"
"cuba tengok peti sejuk punya suis,"
"okay, kita masukkan sebahagian air sirap dalam peti sejuk bahagian bawah dan sejukkan dia sebagai backup,"
begitulah sebahagian dari perbualan yang sayup-sayup didengari oleh Along. sedikit terkilan sebab tak mampu nak selesaikan masalah yang dia sendiri sepatutnya selesaikan.
tiba-tiba uda masuk dapur, mukanya sudah sedikit cemberut,
"kak chik , kak ngah kata bawang goreng ada, mana tak jumpa pun?"
"kak chik pun tak tahu kat mana" jawab Kak chik perlahan,
"habis tu macamana sekarang, takkan macam tu je" balas Uda laju,
waktu itu jugak, masuk Angah ke dalam dapur,
"buat bawang goreng sendirilah, lagipun hari tu memang kak ngah tengok banyak lagi" Angah memperthanakan dirinya,
muka kak uda dah macam The Hulk, sedikit mendung dan kening sedikit terangkat,
"kalau memang nak buat sendiri, inform awal-awal. takdelah perlu kecoh-kecoh sekarang" balas uda.
"meh la kak chik buatkan, kamu semua cuba check apa-apa kat luar tu andai perlu any final touch, dah nak pukul 12 ni" kak chik cuba memutuskan ketegangan yang berlaku.
"kak chik pernah buat tak?"tanya uda.
"tak, tapi boleh cuba, mudah kan sepatutnya?" balas kak chik.
"ikut kak chiklah," lalu uda keluar dari dapur.
Lantas Kak chik mengambil bawang-bawang untuk dihiris tu dan sprinkle kan tepung gandum di atasnya. Lau digorengkan bawang hirisan tersebut.
Setelah dapur itu reda, Angah mengintai dapur,
"Kak chik, jadi tak bawang gorengnya?"
"macam tak jadi sangat, tapi cuba kamu tnegok rupa dia, macam layu je"
Angah pun mendekati wok itu, dan selepas seketika, terjerit kecil,
"Kak chik, ini macam nak tumis bawang, bukan nak buat bawang goreng,ada letak tepung tak?"
kak chik menunjukkan bekas tepung dan bawang itu ke arah Angah.
"ini bukan letak tepung, tapi ni tabur tepung, letak banyak sikit, dan gaulkan betul-betul"
kemudian Angah terus ambil alih dan menyambung menggoreng bawang.
kak chik dari tadi, cuba menahan kolam air matanya, namun dirasakan sudah terbocor dan merembeskan isinya ke atas mukanya.
dia segera cari bilik kosong dan terus ditekup mukanya. Putus asa dan tidak berguna, seolah-olah tiada manfaat pun dirinya. Dia berada dalam keadaan yang begitu hiba.
tiba-tiba dia merasakan sebuah tangan melingkari bahunya,
"kak chik sedih ke ni?" terdengar di balik esakannya, suara kecil kak long.
"kak chik rasa pathetic, I feel as if I fail in everything i do, i don't have a gifted hands, and I ain't contributing a lot pun dalam makan-makan ni!" Kak chik memuntahkan isi hatinya.
kak long mengusap lembut bahu kak chik.
"kak chik, memang akan rasa macam tu, tapi akhirnya Allah tunjuk jalan keluar juga. Cuba ingat balik, apa sebab kita buat open house? Kita nak jamu orang, kita nak orang lawat rumah kita,kita nak orang happy-happy hari raya kan?"
perlahan kak cik mengangguk.
"tapi kenapa orang kena marah-marah bila nak mengajar atau menegur?" sambung kak chik sedikit naik suaranya.
"manusia ni, memang macam-macam ragam, termsuklah diri kita, ada orang cara mengajar dia dengan sedikit tegas, ada orang boleh menegur dengan baik, walau apa pun caranya, akhirnya, kita semua nak hasil yang terbaik dan menjadi, takde siapa mengajar untuk lihat kegagalan, lagipun hari ni semua kepenatan kak long tengok, semalam masak macam-macam untuk makan pagi raya, rendang ayam, kuah kacang, lontong bagai-bagai,lepastu disambung dengan masak mee soto untuk open house hari ni jugak, jadi mungkin dah habis tenaga sedikit, jadi kalau ada yang tak menjadi, berdebar la sedikit." jawab kak long panjang lebar, cuba mencari logika-logika terhadap prasangka kak chiknya,
"jadi, kita betulkan balik niat, dan kita belajar la dari apa yang kita lemah sekarang. Life lessons ni are too valuable that you won't learn elsewhere as in you tubes or read it in blogs but unless you go through it with humans, then you'll learn. Contohnya orang yang tempah catering, takkan rasa kesusahan memasak sendiri berbanding orang yang memasak dari alar umbinya! Jadi berbahagialah sebab Allah nak bagi lessons independent di dapur, "
segera kak long menyapu saki baki air mata kak chik, dan menyambung,
"dah la tu, tak mau sedih-sedih hari yang semua umat islam gembira, dan inilah salah satu untuk dirai, kemenangan untuk lebih independant,"
"dalam kita bergaul dengan manusia, kita seharusnya lebih sabar dalam memahami manusia itu juga."
lantas mereka berpelukan dan ketawa bahagia.
****
عَÙ†ْ ÙŠَØْÙŠَÙ‰ بْÙ†ِ ÙˆَØ«َّابٍ عَÙ†ْ Ø´َÙŠْØ®ٍ Ù…ِÙ†ْ Ø£َصْØَابِ النَّبِÙ‰ِّ -صلى الله عليه وسلم- عَÙ†ِ النَّبِÙ‰ِّ -صلى الله عليه وسلم- Ù‚َالَ « Ø¥ِÙ†َّ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…َ Ø¥ِØ°َا Ùƒَانَ Ù…ُØ®َالِØ·ًا النَّاسَ ÙˆَÙŠَصْبِرُ عَÙ„َÙ‰ Ø£َØ°َاهُÙ…ْ Ø®َÙŠْرٌ Ù…ِÙ†َ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِ الَّØ°ِÙ‰ لاَ ÙŠُØ®َالِØ·ُ النَّاسَ Ùˆَلاَ ÙŠَصْبِرُ عَÙ„َÙ‰ Ø£َØ°َاهُÙ…ْ ».
“Yahya bin Watsab meriwayatkan dari seorang alim dari shahabat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya seorang muslim, jika ia bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas gangguan mereka.” HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, no. 939
petikan artikel : http://dakwahsunnah.com/artikel/hadits/273-jika-ingin-bergaul-harus-sabar-dan-banyak-tenggang-rasa
Selamat menyambut Hari Raya Aidil fitri,
maaf zahir dan batin,
Salam 1 syawal 1438 H.
Comments