sentuhan murabiyyah yang pertama.

masih segar menghirup udara segera malam,
masih mampu menekan kekunci papan komputer,
masih boleh mencuba menulis sesuatu yang ruhiy, yang qawiy,
di ruangan bicara ini,

semua dengan izinNya.

Masih segar diingatan
ajakan pertama seorang ukhti,
tegar mengajak keluar pada hujung minggu
pada hari itu, pada tahun itu,
katanya mahu mempertemukan aku dengan kembarku,
membuat aku teruja untuk menyahut jemputannya.

sikit aku sedari,
itulah tarikan pertama aku,
masuk ke dalam kancah dakwah ini,

hakikat daurah pertama waktu itu,
yakni membicarakan satu sejarah agung,
di mana islam pernah menguasai bumi,
mengubah seorang aku menjadi seorang muslim.

naif untuk aku cernakan,
bahawa aku bakal merasai
sentuhan pentarbiyahan
yang suci dari seorang naqibah.

yang membawa aku mengerti segala jenis frasa dakwi yang aku gunakan hingga kini,
dari sesimple tarbiyyah, usrah, dakwah,
kepada frasa kompleks,
taarif, takwin, tanfiz.

sungguh sentuhan pertama itu
memberi kesan yang dalam,
pada diri sendiri juga pada yang lain yang turut merasainya.

sungguh, berpegang eratlah pada tali Allah,
Kerana itulah agama yang hakiki!




Comments

NA said…
Kak ain ke kembar qiqi:-)
CP said…
katanya mahu mempertemukan aku dengan kembarku,
membuat aku teruja untuk menyahut jemputannya.

.

=)
qiqi.
miss u.
random.
=)

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

fajr du'a