Kitaran Bodoh itu lagi?

Nyawaku diberi pinjam oleh Sang Peminjam.

Di pagi hari bangun, menyangka kehidupan seperti biasa, lantas akibat terlalu mengikut hawa kepenatan itu, sejurus doa habis mathurat, bergegas melompat naik ke katil, menghempas tubuh di atas tilam keras itu, dan menarik selimut semula.

Sangkanya mahu pejamkan mata, tapi terlelap.
Sangkanya lelap seminit, tapi tertidur berjam-jam.

Dikejutkan dengan suara-suara yang melantun sekitar bilik. Menyangka 'lalat' mana yang datang kacau waktu tidur ini, setelah dipisat-pisatkan mata, terkebil-kebil melihat jarum besar menuju ke nombor satu dua, anak dara apa yang masih di atas katil didodoikan bantal busuk dan ditemani selimut yang bergumpal ?

Tergocoh keluar dri tempat beradu, mencapai segala apa yang didepan mata, buku, spek mata, jam, beg, eh???

Lupa, masih belum mandi.
Lupa, masih belum dhuha.
Lupa, masih belum tilawah.

berhenti sejenak dua, menarik nafas dan menuju ke bilik air.

selepas membersihkan diri , bersiap siaga untuk menempuh hari itu. bersemangat waja untuk menyalakan obor dakwah.

***

Di atas jalan raya, termenung ke atas, melihatkan langit yang gulita. Aduh, sudah pukul berapa? udah lewat bangat! segera dari berlenggang-lenggang itik, kepada berlari berkejaran, sama naik dengan teksi. 

sesampai di rumah, tersenyum lega, lantas menyediakan diri untuk sambung beradu. Tapi disapa oleh ipad dan komputer, lantas tergoda dengan mereka dan tenggelam di dunia fana.
Lupa, masih belum isyak,
Lupa, masih belum al mulk,
Lupa, masih belum tilawah.

Keadaan yang sunyi, disapa alunan tilawah dari corong-corong radio kejiranan, mata terpejam-pejam akibat kepenatan menghadap gadgets. Bahana elektronik.

mata tertancap pada jam didinding, jarum besar menunjukkan jam satu dua, aduh sudah larut malam! ditambah kepenatan seharian melaungkan kalimah tauhid, terus membaringkan diri, dimana-mana sahaja bahagian bumi yang terdedah dan memejamkan mata untuk relakskan diri.

Dari terpejam kepada terlelap kepada tertidur.

Nyawaku diambil semula oleh Sang Peminjam.

Ironi.






Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics