ukhuwwah yang harus difillahkan!

Pernah lihat situasi begini,

pabila berjumpa berhadapan,
senyum senyuman,
pantang ada kekosongan ruang,
lantas cebik kan muka tanda protes.

*sigh*

it sounds dramatic doesn't it?

but this is happening semenjak dua menjak ni,
disebalik keramahan akhawat saling menyapa,
senyum senyuman,
disebalik sapaan mesra,
masih ada zhon pabila terlihat akhawat itu lambat datang meeting, ke usrah ke.

dihadapan seperti tiada angin mahupun ribut,
sebaliknya di belakang, terdengar desus desas
berbicara tentang akhawat itu,
macam-macam,
itu tidak kenalah,
ini tidak kenalah,
malah siap boleh berbincang tentang keaiban dan kelemahan dia.

ukhuwah islamiyah itu memang benar menjadi pemangkin kepada kegemilangan,
tetapi ukhuwah yang di praktikkan seperti yang dinyatakan seolah-olah membawa kepada keretakan jamaie,
seolah-olah ungkapan ukuwah fillah,
hanya seperti lagu yang menjadi 'hits' di corong-corong radio,
meniti di bibir, tetapi sukar untuk di maknai.

saya malu dengan para sahabat zaman rasulullah s.a.w di mekah,
yang bersama-sama menentang para quraisy ketika menyatakan shahadatul haq mereka,
berpelukan melindungi nabi, sewaktu dibaling-baling batu oleh mereka yang hatinya diselubungi hasad dan benci,
saya malu dengan para muslimin di madinah,
para ansar yang bersaudara dengan muhajirin,
tanpa mengira harta, pangkat mahupun kepentingan diri,
semua ditolak tepi,
untuk memberi laluan kepada sesebuah ukhuwah fillah berlangsung.

bukan kita tak boleh buat kan?

kena rijal sikit dengan emosi!
kena cuba zhon yang baik-baik saja, kerana prasangka itu hampir dengan dosa!
kena cuba senyum yang turun ke hati, meskipun pada awalnya harus dipaksa.

jalan dakwah ni dah cukup sempurna dan megah.
sempurna dengan kesempurnaan dari allah,
dan megah kerna mendapat perlindungan langsung dari Dia,
tapi campur tangan nafsu-nafsu manusiawi,
mencemar duli,
campur tangan emosi nafsi itu mencampur adukkan ikhlasnya sesebuah persaudaraan.

maaf kan kami wahai yang membolak hati para hambaNya!

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics