an answer for a dilemma

hari ini usrah adik -adik lagi,dan seperti biasa,perasaan ini akan dibuai-buai oleh perasaan indah.SubhanaAllah,sungguh saya takut.takut sekiranya saya membuat usrah adik-adik kerana perasaan seronok bukan berpaksikan asbab ingin menyampaikan shahadah Allah.

astaghfirullah,izinkan saya beristighfar sebelum memulakan penceritaan saya.

perjalan mendaki bukit bermula sebaik sahaja semua menunaikan solat asar,kami berkumpul di laluan tengah antara tangga 7 dan library,setelah semua ahli ada,baru kami bergerak menaiki bukit,termengah-mengah dibuatnya,tapi saya sajalah kot,adik-adik sudah jauh kehadapan,tinggal kakak je di belakang,chaperone la katakan.anyway,we walked and paused several times because farah was having a headache and the sun was like right on top of us.we felt liked baked prawns because everyone was  red and sweating.as we were walking halfway,adie's slipper got torn apart so she couldnt use it,and had to walk barefoot.pity her.all of us wanted to offer one of ours but she refused.




but alhamdulillah we reached the top of the hill and we seeked a spot,sat down and started our usrah.we started of by looking around us,the earth was as beautiful as ever and everything was at its place,the sky was above us,the grass was beneath us and the trees were everyone around us.betapa cantiknya susunan alam!semua mengikut perintah Allah.


just like the first verse of as-saff

apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah;dan Dialah yang Maha perkasa,maha Bijaksana.


61:1

kemudian,saya menceritakan pengalaman saya bersama nad dengan hujan(rujuk previous post) dan sekali saya tegaskan kepada mereka,tarbiyyah tidak mengenali masa,tidak semestinya kita harus membuat halaqah baru dikira mendapat tarbiyah,sekalipun kita tengah makan ataupun jalan ataupun tidur kita sebenarnya mendapat tarbiyyah.kita perlu buka hati dan mata kita.

sejurus itu,athina terus menyambung usrah dengan surah al anfaal,ayat sebelas

(ingatlah),ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-Nya,dan Allah menurunkan air(hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan  dari diri-mu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu(teguh pendirian).

8:11

jika kita singkap di sebalik penurunan ayat ini,ialah sewaktu perang badar,di mana tentera islam amatlah sedikit berbanding dengan tentera musyrikin,dan semua tentera islam takut dan kurang yakin sewaktu bergerak ke badar,namun,Allah turunkan hujan untuk menenangkan hati semua tentera islam termasuk nabi muhammad saw,Allah juga menurunkannya untuk menghilangkan perasaan was-was syaitan yang sedang menghasut mereka supaya takut akan jumlah bilangan tentera musyrikin serta kelengkapan alatan perang mereka.

dan kemudian athina menyambung dengan ayat 17

maka(sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka,melainkan Allah yang membunuh mereka,dan bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar,tetapi Allah yang melempar.(Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka)dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin,dengan kemenangan yang baik.Sungguh,Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui.

8:17

di sini,walaupun tentera musyrik,bilangannya seribu dan alatan perangnya lengkap,namun begitu,kuasa Allah melebihi segala-galanya.

Same goes to our current situation,kita semua berdepan dengan exam.(itu sahajalah ujian yang dahsyat yang selalu disebut-sebut untuk peringkat umur sebegini),kalau Allah memang hendak menolong kita,maka jangan risau,Allah memang akan tolong kita sewaktu exam,kalau memang ditaqdirkan tidak lepas,memang itu ketentuan-Nya walau macamana orang lain tolong sekalipun.Kerja kita hanyalah berusaha kerana itu sememangnya  sunatullah.


Akhirnya,matahari sudah mahu melabuhkan tirainya and we had to get going,we did some finishing touches and got going.





jazakillah semua akhawat yang hadir dan moga-moga hati kita sentiasa ikhlas terhadap-Nya insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics