Hakikat sebuah cinta, bahagia atau bosan?

Karya penulis Albania, Nexhat Hakiu

Kebahagiaan atau kebosanan,
Akan bertanya, apakah sebenarnya cinta, 
Tetapi tiada istilah yang sesuai, 
Mengungkapkannya, 
Nilainya tidak terungkap dek kata-kata.

Kau dapat merasakannya secara rahsia dan perlahan, 
Ia ada di situ dan kau tidak menyedarinya,
Ia mendiami hatimu.

Bunga bisa dipetik, 
Mutiara ataupun emas permata, 
Bisa diragut atau dijual beli.

Burung disangkar juga bisa menyanyikan isi hatinya,
Dan jika kau bebaskannya, ia akan tetap menyanyi,
Walaupun jauh darimu dan dari semua orang.

Cinta bukanlah bunga, love is not a flower, 
Cinta juga bukan emas permata, nor pearl,
Ataupun burung di sangkar, nor a caged bird, 
Tetapi ia wujud tidak berbentuk di dalam hatimu.

Itulah cinta:
Tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan .
***
kebahagiaan itu, definisinya juga subjektif,
sebuah cinta, hanya mampu di rasai oleh hati milik hamba yang bersyukur,
lantas ia akan memanifestasikan dengan sebuah rasa.
rasa bahagia? rasa bosan?
Maka, sekali lagi,
kita yang memilih untuk melihat cinta dari kaca mata apa?
***

Selesai khatam Tulisan Dr Maszlee Malik, Shqiptar di Champs Elysees.
Dan pengemberaan yang memakan a few days ini, membawa aku erti, 
Pengembaraan ruh itu untuk mencari tuhan. 
Cinta sejati sebenar seorang muslim, yang 
Baru memahami hakikat bahawa 
Perlu berdamai dengan Islam. 

Buku yang sarat dengan ilmu, provokasi untuk berfikir kritis dan menggunakan terma-terma yang jarang digunakan,ia benar-benar menggerakn saraf-saraf otak untuk bersambung dan menunaikan hak dia.

Setting cerita yang bermula dengan watak utamanya Rafi, yang seharusnya berurusan dengan Arab. Meskipun di ceritakan sisi buruk penduduk Arab, dengan konsep IBM, InshaAllah, Bukroh, Maalesh, sedikit sebanyak ia mencuit hati, untuk turut rasai, wahai! Anda bakal meninggalkan bumi yang dijejak selama 6 tahun ini, dalam 6 bulan lagi. 
Apakah mutiara yang bakal di bawa balik, dan apakah debu yang seharusnya ditinggalkan di sini, diterbang angin Mediterranean ini? 

Road to graduation.
#RTG17

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics