Thursday, April 6, 2017

Rejab 1438

Ketuk-ketuk Ramadhan.

Petang itu disapa oleh angin yang betiup sepoi-sepoi. Tenang. Diiringi alunan kalam-kalam ilahi, oleh Qari dari mekah yang di pasang oleh kedai berdekatan, cukup untuk buat hati terbuai-buai sayu. Pasti momen itu akan dirindukan, getus hati kecilnya. 

Sedang melangut, tembus memandang dinding. Sambil-sambil dia mengetuk-ngetuk jari telunjuk di atas meja jepun berwarna merah jambu lembut itu. Berirama. Walhal diri nya pula, Entah berfikir entah tidak. 

Zass!

Tiba-tiba dia diserang oleh suatu fikiran jahil. 
Cepat-cepat digoncangkan kepalanya, cuba untuk fokus kembali kepada kertas bergaris di hadapnnya, yang penuh dengan coretan dan contengan.

Dushh! 

Diserang lebih dahsyat, sekali lagi, kali ini lama sikit, seolah-olah sudah mengantisipasikan tindak balas musuh lantas tampil lebih gagah melawan.

Cepat-cepat diusap muka berkali sambil beristighfar. Masih belum pergi. Resistant dan persistent kali ini. Lantas dia bangun, dan memegang kepala dengan kedua telapak tangan dan kali ini istighfar itu dikuatkan seoktaf. Squeezing and pressing hard agar fikiran itu pergi. 

Nyah kau! Cub mengagaghkan diri untuk melawan serangan itu. 

Lama dia berkeadaan sebegitu, sehingga dia terjelepuk di atas permaidani bilik. Penat.

Kenapa diuji di saat lemah ini, bisik dirinya. 

Dia menarik saratoga yang sudah berhari-hari menjadi peneman sejati itu dan membalut dirinya. Erat dan kejap. She wanted warmth. She wanted to feel safe. Enough to just let her own heart heal after the bruise that it got itself into and to get over that horrible attack just now.

Fikirnya, ia sudah lama berlalu. Masakan datang kembali fikiran itu untuk merobek jiwa dia yang memang tengah longlai dan lesu. Jadi dia selesa. Selesa untuk tidak mengupgrade diri dan iman. Dia terlupa, sang jahat, tak akan pernah berhenti menyeksa dan mengganggu jiwa cucu-cucu Adam. 

Hatinya sedikit tenang, kurang rebellious seperti tadi. Gementar pnya sudah berkurang. Tadi dia pejamkan mata, perlahan-lahan dia cuba buka kelopak matanya sekaligus menarik aside saratoganya. She called it a day. Moga moga Allah mengampuninya.

Haaza sayamuru, semua ini akan berlalu. 

Again, she knew that she would face the worst nightmare no matter how, by herself. Alone. She couldnt yet imagine if she got attacked again, will she be able to stand again, but she didnt want to think of it. Not now, that is.

***

Setiap kita ada buat salah. Mungkin telah buat dan terus kuat untuk tinggalkan. Mungkin juga telah buat , dah insaf tapi kadang-kadang terbuat again and again here and there. 

Mungkin juga, tidak langsung cuba dan selesa untuk terus bergelumang dengan dosa yang sedar tak sedar, sebenarnya menodai diri kita. 

Dosa itu hitam. Hitam pula, hitam yang pekat tu. Bayangkan kalau dia melekat dan menyelaputi hati pula. Sebab itu mujahadah itu sakit, sebab kita cuba kikis ruang jahiliyah yang berkarat pada kita. Bukan senang, itu yang pasti, tapi tidaklah mustahil!

Jadi, Rejab kali ini satu bulan untuk rehab bagi para pendosa seperti kau dan aku. Kita cuci yok hati kita. Kita bersihkan dia betul-betul. Tak nak ke rasa dia hidup balik. Dan excited ke kita bila hati itu mampu melihat disebalik debu-debu jahiliyah dan hiruk pikuk dunia fana ni? 

Ramadhan sudah intai dari kejauhan, datang untuk mengetuk kembali pintu hati hamba-hamba yang Rabbani.

*Knock-knock*
*Who's there?*



No comments: