Celaka di kau, si daie celup!


Bicara kita tentang ihsan,
Amal tika bersendirian,
Tanpa ada disekeliling teman,
Adalah benar-benar rembesan iman .

Ihsan, ertinya buat sesuatu seolah2 kita lihat Dia,
Atau rasai seperti Dia lihat Kita.

Kok susah sekali!
Buat aja kebaikan, kan sanang!

Bicara kebaikan mudah,
tapi kelajuan lidah yang engeluarkan kata indah,
Buat kita lelah!
Lelah nak buat kerna lillah.

Di sini, aku kecewa
Melihat mahasiswa masih melayan hiburan berpanjangan,
pantang ada ruangan waktu kosong,
Drama atau reality show Korea, cerekerama enteng ibrah, video clip melawak,
Yang tidak membina peribadi muslim itu,
Hanya membuai perasaan dan emosi,
Yang tidak membina iman, 
tapi membelai nafsu dan syahawat.

Bagaimana tangan wanita nak goncangkan bumi?
Bagaimana seorang rijal nak agungkan kalimah tauhid?
Kalau hanya mampu scroll skrin handphone utk update media sosial yg sial atau menekan keyboard, mencari dan download sesuatu yg sia sia.

Maaf kalau aku melulu,
Maaf kalau aku meluru,

Tapi aku lelah juga,
Lelah melihat diri juga tersungkur,

Khuwatir  menjadi sekujur jasad,
Yang hanya duduk berpeluk tubuh,
Diangkat sebagai daie atau pelaku dakwah,
Tapi hakikat nya berselindung di balik topeng malaikat.

Yang tergesa-gesa solatnya,
Seolah- olah satu rutin exercise,
Tiada ruh keimanan,
Kerana fikiran jauh melayang.

Yang malas-malasan bacaan tilawahnya,
Sekadar go-through bait2 kata,
Utk penuhi kotak amal,
Kerana tidak ada rasa dari hati,
lupakah itu kalam ilahi?!

Yang jadi kan nafsu sebagai raja,
Malah keliru dengan definisi mujahadah,
walhal dia menjadi pembimbing rakan sebaya,
yang tersadung dalam kenazakan hati,


Aku lemas ya Allah,
Selamatkan aku dari terus tenggelam dalam zulumat,
Siramilah aku dengan cahaya makrifatMu,

Aku pendosa,
Celakalah aku si daie celup,
Kalau terus menipu dalam beramal,
kalau terus menjadi si pengecut askar yahudi,

Kau khairun ummat!
Masakan kau mahu utk terus menjadi tidak malu?

Izinkan aku menggapi redhaMu.

Aku cuba meski aku lelah,
Aku cuba meski aku terus menipu,
Aku cuba meski aku tersungkur,

Kerana,
                  
Rahmatmu luas, utk seorang aku.
Aku pendosa, yang ingin ketemu dengan Mu di syurga kelak.

Ameen !

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics