katakan dan bergeraklah!

Seiring dengan tali arus teknologi, nampaknya diri hamba yang marhaen ini juga, berjalan beriringan. Setiap kali menekan kekunci dan menulis beberapa perenggan, pasti akhirnya akan tekan 'backspace' sebab merasai ayat-ayat serta cerita yang dilontarkan tidak cukup umphhh untuk di sajikan kepada para pembaca. saya lebih selesa dan memilih untuk post gambar serte sedikit caption di instagram dan tumblr, dan akhirnya saya sendiri tersungkur dalam sibuk-sibuk melihat ig orang pula -,- .

kenapa di blog susah?

sebab aim saya apa pun, adalah untuk sampai perasaan yang berkobar-kobar tentang dakwah itu. bahawa hanya dengan matlamat untuk pastikan setiap inci bumi tertegak kalimah Allah pemilik alam ini, wasilah dakwah dan tarbiyyah lah yang boleh reach kepada matlamat tersebut.

jadi saya merasai, melalui blog, mesej kurang sampai, ekspresi kurang sengat.

sebab kalau huraian tentang dakwah, pasti merasai kerdil, kerana saya sendiri merasai diri ini tidak pandai menghuraikan dengan terperinci disertakan dalil yang paling tepat dan menarik sekali.

kalau penulisan puisi pula, jauh sekali, sebab memang tidaklah karat sangat kejiwangan diri ini.

kalau free hand like short stories or cerpen apatah lagi, imaginasi berlegar di ruang legar yang sama, tidak boleh fikir jauh dan meleret sangat kadang-kadang tu.

aduh.

habis di instagram ada apa?

boleh letak gambar cantik.
boleh letak caption fefeeling.
likes pula bertambah-tambah dengan makin mantap caption dan quality gambar.

sampai ke matlamat pada awalnya tadi?

>.<

saya makin keliru dengan diri saya sendiri.

saya duduk terdiam sejenak.

beberapa soalan menerjah fikiran,

'dakwah kan kena kreatif, inilah salah satunya.'
'alaa, mad'u ramai di ig, boleh sebarkan fikrah, capaian makin luas'

dan di sini sesuatu menyelinap masuk merasionalkan saya kembali. 

saya kenal dengan dakwah ini pada mulanya suatu ketika dulu, adalah apabila ada seorang kakak, di suatu rumah di bangi dulu, menceritakan tentang matlamat hidup kita sebagai seorang muslim, membetulkan persepsi saya yang hanya menyangka agama yang saya yakini adalah hidup, bukan adat.

pokoknya adalah kakak itu, yang juga manusia biasa, bercerita, iaitu menyampaikan apa yang dia faham, agar orang lain faham.

itulah asas berdakwah.

QUL, katakanlah.

baik, bukanlah sesimple seperti saya simpulkan di atas, tetapi untuk kita semak balik kefahaman kita sepanjang kita duduk dalam dakwah ini, berapa kali kita telah menjadi 'kakak' yang 'bercerita' itu?

sebab, sekarang istilah , 'saya introvert' mahupun 'tidak cukup ilmu' tidak menjadi suatu halangan. pasti ada jalan untuk kita keluar dari kepungan inferiority complex kita.

Tapi saya belum habis lagi bercerita.

Maka kita pun bercerita la dengan semua orang di sekitar kita, hatta ke makcik kantin atau pakcik yang sapu sampa juga kita bercerita.

adakah selesai tugas kita?

belum lagi wahai adik beradik seagama saya sekalian,

rupanya kita terlepas pandang, bahawa kita kena buat kerja yang berkesan sebab hidup kita ada keterbatasan.

batas umur, masa, tenaga.

jadi untuk menggunakan diri dengan penuh manfaat, kita mula membina orang. 

bina?

apa tu? kenapa membina? bukankah semua orang dah cukup sifat ?

di sinilah method rasulullah yang seringkali orang terlepas pandang, perkumpulan nabi serta para sahabat di rumah al arqam bin abi arqam, bukanlah kumpul-kumpul biasa. tapi perkumpulan yang menguatkan iman masing-masing, perbincangan serta diskusi yang akhirnya mereka boleh di hantar kan ke mana sahaja, sebab mereka telah di'bina' dengan cantiknya di rumah al arqam itu.

bina apa ni? saya masih blur :(

bina diri. rasulullah menjadikan mereka, para sahabat, sebagai rijal. rasulullah menceritakan apa yang diwahyukan Allah, dan menerangkan bagaimana pula nak beramal dengan ayat tersebut. dalam erti kata lain, membina iman dalam diri para sahabat. tapi bukan sembarangan iman, iman yang amiq. iman yang menggerakkan mereka untuk bukan hanya duduk dan minum teh dirumah, dan membiarkan penduduk quraisy terus hanyut dalam banjir jahiliyah itu, tapi menyelamatkan mereka, menarik seorang demi seorang untuk kembali kepada ajaran al haq, iaitu agama islam.

INFIRU, KHIFAFAN WA THIQALAN, bergeraklah, dengan rasa ringan mahupun berat.

di sini pula saya simpulkan, bahawa untuk menegakkan agama Allah ini, untuk memastikan ianya tertegak, bukanlah berada di hadapan komputer seperti saya ini semata-mata. Tapi haruslah ada sentuhan seorang daie itu kepada manusia lain, untuk juga menjadi daie seperti dia, dan seterusnya menjadikan manusia lain itu juga daie.

macam dominoes effect itu, one after another , the previous block will be pushing the block in front of hers and it will keep going on and on sehingga semua block jatuh.

jadi dengan berkata, dan berjumpa dan berdamping dengan manusia, antara asas-asas dalam kita ingin memastikan dakwah itu, berkesan, dan sampai kepada pengetahuan orang lain.

wallahu a'alam.


Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics