Pink dandelions for a beautiful lady.

Where are you going? Its still early?! 
Ucap Mei Ling

Oh I've got to get home, nak buka puasa and tarawih :)
Balas Noura

Lupa kamu puasa hari ni ,tarawih?! Itu apa pulak?
Tanya Mei Ling kehairanan selepas tersipu malu kerana terlupa bulan tersebut bulan puasa.

Jeda. Noura berhenti sejenak berfikir.

Its a token of appreciation to God for giving such a blessing monrh for us. Biasanya kami akan solat ramai2 di masjid dan solat yg banyak rakaat, lebih banyak pada solat biasa,
Terang Noura dengan panjanh lebar pada sahabat nya yang tidak jemu memahami dan menghormati kepercayaan kawan-kawannya yang berlainan bangsa.

Upacara ramai-ramailah,seronoknya! 
Kamu enjoy solat tarawih?

Jeda. Untuk kedua kalinya.

Enjoykah dia bersolat tarawih?
Terbayang dirinya sewaktu beberapa malam yang lepas yang tidak henti-henti menguap dalam setiap rakaat.
Itu tidak termasuk fikiran yang melayang jauh andai imam membaca ayat yang panjang-panjang.

Dan begitulah juga dia hari ini, fikirannya menerawang mencari bibit enjoynya sewaktu solat tarawih.

Tersenyum. Ada.

Enjoy! Sebab pada penghujung solat, ada bacaan doa, doa untuk diri dan mereka diluar sana, ia buat kita fikir sejenak tentang orang lain juga. Dan bila kita aminkan ramai-ramai, kita rasa the togetherness of everyone wanting a good ending in life.

Mei Ling senyum puas hati. 

Jangan lupa doa untuk saya ye, saya juga mahu kebahagiaan abadi itu.
Kendur suaranya, terjentik sedikit sebak di hati Noura.

Saya gerak dulu ye Mei Ling, jumpa esok,
Dan Noura melambai lantas berlalu pergi.
 
Hatinya berbisik,
Akan ku mohon agar kau juga ditempatkan di tempat yang terbaik, terima kasih memperingatkan aku kembali tentang memaknai ibadahku sendiri :)



Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

fajr du'a