islam itu satu sistem hidup syumul

Kami duduk bertemu lutut pada suatu petang yang hening, senyum disapakan pada setiap ahli baru. Damai menghinggap.

Pertemuan di mulakan dengan kalam Allah dan seterusnya berbicara mengenaiNya. Kata salah seorang adik,

Manusia terdiri dari dua entiti, ruh dan jasad. Sudah termeterai, makanan jasad adalah makanan yang tumbuh dari isi perut bumi, seperti buah-buahan, sayur- sayuran makanan laut dan banyak lagi, namun bagaimana pula dengan makanan ruh?

Kami berhenti sejenak berfikir,

Ada yang merespons,

zikir? selawat? al-quran?

Sambil tersenyum, jawab adik itu sepintas lalu,
Makanan ruh itu adalah ilmu.

ilmu?

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya,
wa 'alamma adamal asma akullaha

Setelah selesai penciptaan nabi adam, Allah ajarkan nama-nama isi bumi pula kepada dia. Ini menukarkan nabi adam, daripada seorang yang tidak tahu kepada tahu.

Maka sedarlah kita, betapa pentingnya ilmu dalam pembentukan seorang manusiawi. Tambah-tambah lagi ilmu dengan kefahaman islamlah, ilmu yang sebenarnya iaitu al haq.

Dengan ilmu, kita dapat mengetahui cara berselawat, cara berzikir, kalau yang bukan berbangsa arab pula, dapat menterjemahkan maksud zikir, maksud selawat ke dalam bahasa ibunda masing-masing, agar selawat dan zikir yang dialunkan, meresap masuk dalam sanubari.

Selurus dengan itu, hasan al banna, ada menggariskan dalam rukun bai'ah yang pertama berkaitan dengan ilmu iaitu al fahmu atau kefahaman. Rasionalnya adalah agar seseorang ikhwan itu sentiasa mempunyai kefahaman tentang apa sahaja ilmu yang dia peroleh untuk dibuahkan menjadi dalam bentuk amal dan juga, agar ilmu yang diperoleh itu bermanfaat untuk kesejagatan ummah.

#daurahpreRTU20

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

fajr du'a