We are bout to reunify again, soon inshaAllah

Its about to end.

Tajdid niat kembali agar apa yang dimulakan dengan bismillah, berakhir dgan alhamdulillah.

One city of course doest reflect the country as a whole, but it does in someway represent an identity.

Seperti dalam keluarga saya, kami berlima, bukanlah menggambarkan nordin's family as a whole, tapi sedikit sebanyak, kami ada persamaan yg tidak sama tetapi serupa kerana kami berbinti/binkan nordin.

Seperti itulah sewaktu di pnomh penh dan saigon, saya melihatkan sedikit perbezaan, Pnomh penh masih bertatih-tatih membangun,highway nya masih berupa tanah merah,bercucuk tanam di sawah bendang menjadi antara pekerjaan utama serta penyumbang kepada penjanaan ekonomi dan penggunaan tuk-tuk yang menyerupai beca masih digunapakai oleh penduduk tempatan.

Manakala, di saigon, pembangunannya pesat bak bunga kembang mekar di bawah pancaran matahari. Keadaan trafik tersusun, jalannya bertar serta pengunaan teksi meluas, serta hotel dan kedai-kedai banyak yang di buka dek kerana memenuhi permintaan pasaran di mana, saban hari bilangan pelancong meningkat.

Dan yang menjadi persamaanya adalah, kedua-dua negara indocina ini, masing-masing masih dihantui dan menerima akibat buruk dari pada komunis atau tentera militer.

Di cambodia, mereka pernah di kuasai komunis yang dipimpin oleh pol pot di mana, ia hanya akan memastikan tinggal di negara kemboja waktu itu, mereka yang boleh bertani, golongan yang intelektual atau yang di kategorikan sebagai 'musuh politik' akan di diseksa dan di bunuh. Ini sekitar 1975 dan akhirnya yang menggulingkan angkatan pol pot atau di kenali sebagai ong-ka,adalah tentera-tentera dari vietnam pada tahun 1978.

Manakala penduduk vietnam, mereka telah melalui hari hari buruk mereka sewaktu perang vietnam, di mana mereka dibantai oleh amerika syarikat selama 13 tahun dengan angka kematian yang tidak tercatat yang berakhir pada 1975.

Apa apa pun, bak kat mr jason, vietnam ni macam abang kepada laos dan kemboja. Maka kalau kemboja ada apa2 kesusahan, pasti akan dapat bantuan dari vietnam. 

Malah Muslim champa pun dikatakan,sewaktu kemboja melalui zaman diselubungi komunisme, mereka berlari bertempiaran, merentasi sungai,  melalui delta mekong ke vietnam. 

Dan mereka, walaupun bertatih, mereka cuba gagahkan berdiri di persada dunia, cuba untuk pulihkan kestabilan negara baik dari sosio ekonomi mahupun poitik serta seluruh aspek keidupan rakyat mereka.




This was my favourite shot taken on the river cruise during our first day at Cambodia.

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics