the glass of faith
Kalau kita ambil sebuah gelas kaca, kita lihat dia sangat utuh berdiri tetapi andai tidak di jaga elok, boleh jatuh retak, malah boleh juga jatuh berderai, hancur.
begitulah disandarkan gelas kaca itu pada sebuah kepercayaan, selagi mana kita boleh berpaut pada kepercayaan, berpautlah, jagalah dengan sebaik-baiknya, kerana, andai dikhianati kepercayaan itu, pada siapa lagi boleh kita sandarkan?
It goes in either ways,
kepercayaan kita pada orang,
kepercayaan orang pada kita,
kepercayaan orang kepada mereka sendiri
Tapi yang lebih bermakna kepercayaan kepada diri sendiri.
Saya sangat suka untuk kita menjurus imaginasi kita kepada sekumpulan kambing. Kita bayangkan, kambing-kambing ini kepunyaan kita, kitalah pengembala kambing tersebut. Kita beri cukup makan, kita groom dia untuk menjadi kambing yang gagah lagi perkasa dan akhirnya, terbentuklah kambing-kambing yang kuat-kuat belaka.
Pada suatu hari, sewaktu kita menghambat kambing ke kandangnya, ada seekor kambing merasai dirinya cukup gagah untuk terus tinggal diluar kelompok, kerana memang dia ni terkenal sebagai jaguh kampung, lalu sewaktu kambing-kambing lain masuk kandang, tingallah di bersendirian.
Tidak lama selepas itu, malang tidak berbau, segagah-gagah dia pun, masih boleh dibaham oleh serigala yang waktu itu dengan tidak sengaja tepandangkan kambing seekor ni berkeliaran bersedirian.
Apa kaitannya semua?
Cuba kita ibaratkan kambing tu kita.
Kita pada awal-awalnya di basuh dan dikloroks jahiliyyah sebelum di groomkan menjadi seorang muslimah sejati, pencinta dakwah dan tarbiyyah.Lantas setelah kita berusia setahun jagung, kita mengenali erti jamaah, beramai-ramai, berkelompok dengan satu tujuan sama dan satu fikrah sama,
Dan kita selesa dengan beramai-ramai itu, sehingga kita lupa yang kalau kita bersendirian kita tidak sekuat beramai-ramai,
Lalu, selepas alam sekolah, atau alam universiti, atau apa-apa alam permulaan, apabila kita ke medan sebenar, apabila kita masuk ke dalam masyarakat, kita la kambing 'berseorangan' itu, yang memang pantang digoda oleh tentera-tentera syaitan serta lanun-lanun nafsu yang menjadikan kita terus tersasar dari landasan atau kita terus alpa dengan duniawi.
Lantas apa kaitan kepercayaan tadi dengan kisah kambing seekor yang dibaham serigala tadi?
Allah meletakkan kepercayaan kepada hambaNya untuk mengabdikan diri kepadaNya. Sebab itu kita wajib ambil tahu pasal rukun islam, kerana ianya dasar kepada keislaman kita, kepercayaan kita terhadap Allah dan agamanya.
Dan perlaksanaanya menjadi kian mudah apabila kita jama'ie. Rintangan syaitan serta nafsu itu, boleh dibendung secara ansur-ansur, dan apabila kita beramai-ramai atau berjemaah, kita jadi kuat.
Namun, ada kalanya kita memang akan bersendirian, yakni bersendirian secara zahirnya. bersendirian di rumah, bersendirian di kamar tidur, bersendirian menghadapi Allah dalam solat, sujud, doa. Dan sewaktu inilah, kita kambing yang bersendirian tadi. Sewaktu inilah kita boleh dicucuk-cucuk oleh iblis.
Sebagaimana kisah nenek moyang kita, nabi adam as dan hawa, pada mulanya, mereka diajar oleh Allah tentang nama-nama benda di atas muka bumi, dan Allah bagi kepercayaan agar mereka tidak memakan buah khuldi sahaja.
Lantas sewaktu tinggal mereka berdua sahaja secara zahirnya, syaitan datang dan menggoda mereka untuk langgar kepercayaan Allah beri tadi dan tunduk kepada nafsu mereka.Lalu berdoalah nabi adam siang malam memohon ampun dari Allah azza wajala.
Begitulah kita hebat ditarbiyah di bumi anbiya, pulangnya kita sebentar ini, adakah kita masih cuba menjaga kepercayaan Allah terhadap kita? Atau sudah diranapkan dek kerana tertunduk pada hawa nafsu.
Memuhasabahkan diri setelah melalui madrasah Ramadan, jujur saya katakan, saya telah laluinya dalam keadaan compang camping, seolah-olah mengatakan, takpelah, tahun depan jumpa lagi Ramadhan, nanti tahun depan buat elok T-T.

Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh tuhanku.
[surah yusuf:53]
Comments