bangkitan bara api

kadang apabila kita dah terlalu banyak berbicara, kita lupa cara untuk mendengar,

dan kerana kita terlalu banyak benda untuk dikongsikan, kita juga lupa cara untuk bertoleransi,

dan mereka datang dalam pakej combo!

Minggu ini, minggu yang luar biasa, dinamakan usbu' tasyji' dimana tasyji' itu membawa makna membangkitkan semangat.

dan ada suatu kisah dalam penjara,
perbualan antara imam ahmad dan peminum arak,

kata peminum arak,
aku masuk penjara kerana bermaksiat,
dan aku boleh bersabar,

kau yang masuk penjara untuk mempertahankan kebenaran,
seharusnya lebih sabar dari aku,

dan atas ungkapan pemuda itulah, imam ahmad, tertasyji' untuk lebih kuat dan sabar

kisah-kisah berkaitan tasyji'

dan hari ini, aku tertasyji' untuk lebih pantas menyahut seruan ilahi,

bermula dari seruan solat, mengikut syariat,bermujahadah,bertanggungjawab di atas taklifan yang diberi dan macam-macam lagi.

lantas tunduk malu, kerana, aku mahu dakwah itu sukses, tapi aku masih bermalas-malasan, mengharapkan orang untuk isi ruang-ruang jihad yang kekosongan tempat.

malu dengan Dia.

>_<


Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics