Satu syaaban 1435
Sewaktu dilanda kesedihan dengan kematian isteri, Rasulullah dijemput khas oleh allah pencipta langit dan bumi untuk langsung menemuiNya. Pujukan seorang tuan kepada hambaNya dengan menghadiahkan pensyariatan solat. Maka pada suatu malam yang hening, dengan menaiki buraq Rasullulah diangkat langit. Berhijrah dari bumi ke angkasa. Itulah peristiwa israk mikraj. Dan dari peristiwa inilah, banyak hikmah yang dapat di singkap. Sebentar tadi, seusai solat jemaah zuhur, pengisian tazkirah oleh makcik ramlah tadi mengenai peristiwa israk mikraj sangat refreshing. Dapat saya simpulkan dengan mengatakan bahawa solat itu sendiri banyak hikmah, baik dari segi saintifik juga dari segi lahiriah. Bagaimana malam itu sendiri waktu yang sangat privasi untuk bertemu dengan pencipta kita, berkasih sayang denganNya, dan menceritakan segala masalah yang tidak terbeban oleh kita sebagai hamba. Sungguh inilah antara detik terindah nabi muhammad sewaktu menemui ilahi. Maka kita juga harus menghargai detik-