Tuesday, April 15, 2014

fourteen fourteen

melihat detik jam berlalu,
menghampiri jam dua belas,
bermain sebuah ceritera di layar fikiran,

pernah suatu ketika dulu,
jam dua belas itu ada signifikannya,
kerna pernah membesar dengan cerita-cerita disney,
maka jam dua belas itu waktu untuk si gadis cinderella,
menunggu jejaka idaman putera kayangan,
datang menyelamatkannya dari terus menjadi hamba abdi ibu tiri
sewaktu majlis tari menari itu,
kepada menjadi puteri di dalam istana yang gah itu!

kini apabila sudah melangkah ke alam dewasa,
jam dua belas itu ada signifikannya,
kerna sudah membesar dengan alam dakwah tarbiyyah,
maka jam dua belas itu waktu untuk seorang abdullah,
menunggu Sang kekasih yakni Sang pencipta,
datang dan menyelamatkan diri dari cengkaman dunia yg penuh kezaliman,
sewaktu dalam qiamnya itu,
sehingga bertemu mata di dalam syurgaNya yang abadi!

itulah aku dulu, dan inilah aku sekarang.

tiada beza pada plot,
tapi berbeza pada watak dan fikrah,

dua-dua cinderella dan abdullah ingin di'selamat'kan dari 'azab' dunia yang dirasakan perit dan pedih kepada pengawasan selamat oleh si pelindung yakni sang kekasih itu.

dua-dua dikecam oleh musuh, jika cinderella dikecam oleh ibu tirinya, maka abdullah dikecam oleh mereka yang menguasai dunia bak fir'aun.

dua-dua menabur bakti baik di atas dunia, cinderella dengan membuat kerja-kerja rumahnya, manakala abdullah dengan menjadi abid dan penjaga bumi

sama tapi tak serupa cinderella dan abdullah ini,
sama pada kronologi hidupnya tapi berbeza dari segi pegangan kalimah tauhidnya!

aku bahagia kini, aku menjadi seorang abdullah dari terus menjadi cinderella,
aku bahagia kini, aku menjadi penunggu kekasih pada malam hari, dari penunggu kasut kaca tersebut,
aku bahagia kini, aku menjadi penabur bakti kebaikan di atas muka bumi, dari terus menerus mengikuti tunjuk si fir'aun.

aku rasai aku abdullah,
dan aku tujukan ucapan salam,
juga kepada para abdullah di atas muka bumi ini,
yang selamat menjadi hamba!

#luahan140414




No comments: