suatu ketika dahulu



Ini aku suatu ketika dahulu,
sewaktu jiwa masih ampuh,
masih tiada hala tuju,
menjadi sang robot, 
dengan menyangka hidup ini untuk hidup sahaja,
aku jahil,
aku tidak tahu menahu tentang pembinaan individu muslimun itu.





















dan ini aku sekarang,
berbekalkan jiwa yang semakin stabil,
cuba berdiri walaupun kadangkala rebah,
tersungkur sujud kebumi,
tapi aku sudah bukan sang robot,
aku sudah keluar dari belenggu kejahilan,
kini aku sedar betapa penting pembinaan manusiawi itu,
aku cuba berdiri gah, 
sebagai hamba Allah,
sebagai abid Allah,
sebagai seorang individu muslim.


#memoriKTT
#awaltarbiyyah

Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics