Monday, November 25, 2013

sampai bila, bila nak sampai?

sampai bila,
kita nak jadi,

seperti pahat dan penukul,
sekali diketuk, baru tembus,

apabila mendengarkan peringatan,
baru terhegeh-hegeh nak beringat,

apabila membacakan status da'wi,
baru sibuk-sibuk nak;
 like,
 share,
buat status baru juga,

apabila melihatkan orang meluru berbuat kebaikan,
baru terburu-buru nak buat amal ibadah melangut juga,

apabila orang score dalam exam,
baru nak buat jadual belajar,

apabila orang tutup aurat dulu,
baru tersedar nak ikut syariat juga,

apabila keluar sana sini demi tuntutan da'wi,
baru kita terkocoh-kocoh menyahut seruan syahadatul haq itu,

sampai bila?

sampai bila,
ada orang buat,
baru nak buat juga,

sampai bila?

sampai bila,
orang memberi kekuatan,
baru nak rasa diperkuatkan,

sampai bila?

sampai bila, nak jadi,
seperti pahat dan penukul,

sampai bila?

sampai orang LAIN dahulu yang temui syahid ke?


T-T

p/s its 25th of nov, a month to go for the new year to come
p/s/s upon reaching the age of 23 and still wondering what contribution I have given to the ummah

No comments: