| kalimah redha ini sungguh berat wahai diri!

Kebenaran yang tersusun memang mampu mengalahkan kebatilan yang terabur.
Susunan memang perlu, hatta nombor mahupun abjad, berada di posisi yang ditetapkan.
Lepas A memang BSebelum 10 memang 9
Dan begitula sunatullah.
Kenapa dengan susunan mengkucar kacir emosi.
Astaghfirullah.
Memang hati ini berbolak balik,Tapi pengemudi hati ialah iman.
Moga kerana susunan ini, hati ini tetap dan iman mantap.

Begitulah status facebook saya pada hari tetapnya shuffling usrah kami.

Sungguh, sadis dan air mata tidak henti-henti.

Bukanlah ini kali pertama saya melalui sistem penukaran naqibah dan usrah, tapi kali ini, tamparan lagi hebat.

Masih segar diingatan bagaimana,saat di KTT, sentuhan pertama tarbiyyah ke atas diri yang hina ini, waktu kami berbelas-belas orang semuanya yang dalam satu halaqah itu, pada suatu malam,masing-masing mendapat mesej oleh naqibah lama untuk pergi ke sekian sekian tempat pada waktu sekian sekian.

Dan pada waktu itulah, kami sedar, kami sudah dibahagikan kepada dua kumpulan nersama dengan naqibah yang baru, dek kerana naqibah kami di pindahkan kepada halaqah yang lebih memerlukannya.
Halaqah di India.

Dan pada waktu itu, pada awal-awalnya, kami kecewa kerna, naqibah lama langsung tidak pedulikan kami,seolah-olah kami tidak pernah bersama dengannya, lantas kami bersangka-sangka yang bukan-bukan dengan naqibah lama, mungkin diri inilah paling kuat sangkanya itu.

Tapi rupa-rupanya, naqibah lama kami tidak pernah mengaabaikan kami, sentiasa diupdatekan tentang kami dari naqibah baru dan sebenarnya tidak lupa kami langsung!

Astaghfirullah, betapa dengan akhawat, kita tidak sekali-kali boleh berburuk sangka sesama sendiri, sebab dakwah kita, dakwah kasih sayang, bukan dakwah hasad dengki.


Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu".

al-hasyr:10
 


Maka setelah, melalui fasa-fasa penukaran naqibah selepas itu, hati ini sudah boleh menahan sebak dan menerimanya dengan macho dan bergaya sekali!

Kini, penukaran usrah dan naqibah berlaku lagi, dan seperti dinyatakan di atas,kali ini, tamparan sangat hebat.

Bila di'qadaya'kan oleh naqibah semalam, bersama linangan air mata, rupa-rupanya saya terletak high expectation yang amat untuk usrah baru. Maka apabila tidak mencapai tahap minimum expectation, mulalah macam-macam perasaan bertarung dalam diri,

kecewa, sedih, frust menonggeng, bengang dan banyak lagi perasaan yang hanya mampu diluahkan dek air mata itu.

Kenapa harus kecewa sebenarnya?
Kenapa harus sedih?
Kenapa harus frust menonggeng?
Kenapa? kenapa? kenapa?

adakah aku selama ini, berada dalam usrah, bukan kerana Dia?

*tunduk sambil berterusan mengalir air matu deras*

Dan apabila saya dikhabarkan saya masih di tahap lama, makin deras air mata berderu laju mengalirnya. Dengan perasaan sebagai seorang 'failure' dan seorang da'ie yang tiada perkembangan, negatif sungguh diri waktu itu.

Naqibah berulang kalinya menyebut tentang bagaimana nilai kita disisi Allah, hanyalah taqwa,tapi entah kenapa hati seolah-olah tidak terusik dengan suntikan semangat malahan berterusan dalam keadaan mengecewakan itu.

sampai ke malamlah diri ini dihanyut dan dibuai perasaan,

seolah-olah tidak redha!

nauzubillah

bukankah kena redha dengan Allah, sebab seharusnya , kita redha terhadap Dia dan Dia redha terhadap kita.

Dan kini, perlahan-lahan, diri ini cuba menghadam, yang ini tapisan Allah, dan andai kata, diri ini, masih dibuai arus perdana, maka tertapislah dengan tapisan-tapisan yang lain.

Dan dunia, hanyalah sementara, hanyalah perasaan semata.












Comments

Popular posts from this blog

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted

the beauty of physics