ketika cinta berusrah
Sebagaimana indahnya cinta itu,seperti itulah indahnya usrah,perasaan sayang dan rindu akan adik-adik usrah semakin menebal walaupun sudah bertentang mata,ketahuilah adik-adikku,ainin,iqa,adie,fiqah,fatin dan lily,kakak-kakakmu mencintai kalian kerana Allah.
Benar sekali kata kak ain,"korang akan sayang adik-adik korang nanti kalau buat usrah,buatlah usrah tu?” kata-kata yang terngiang-ngiang di fikiran saya sewaktu mula-mula berusrah dengan adik-adik suatu ketika dahulu.
Namun begitu,usrah yang saya kendalikan bukan berseorangan,saya ada seorang lagi teman perjuangan,yang saya sangat sanjungi dan sayangi,ukhti athina,bermula dengan rasa sedikit kekok pada mulanya kerana,kami bukan sekelas mahupun satu bilik,kami berpegang pada satu aqidah yang menatukan satu ukhwah,yang membuka mata saya untuk menyayangi ukhti athina.
Bukan untuk memberi pujian melambung kepadanya mahupun menitipkan perasaan riak,namun athina,without you,I don’t know how to let adik-adik feel what we feel!SubhanAllah,pertolongan Allah sangat dekat,dan Allah tidak membebani seseorang dengan ujian yang tidak mampu hambaNya harungi seorang diri.
Sebagaiman kita jenguk sebahagian ayat al-baqarah :286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang diperbuatnya….”
Saya bukanlah seorang yang berfokus dan saya mudah dijerat di dalam kemelutan kekeliruan.Saya mudah tersalah faham,lantaran itu,saya memerlukan seseorang untuk membetulkan perkataan-perkataan saya.
Sebagaimana di dalam Al-qasas ayat:34
“Dan saudaraku harun,dia lebih fasih lidahnya daripada aku,maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataanku);sungguh, aku takut mereka akan mendustakanku.”
Walaupun saya dan Athina bukanlah sehebat Nabi Musa a.s yang menyampaikan kitab Taurat,mahupun lancar berbicara setanding dengan Nabi Harun a.s namun apabila bekerjasama,insyaAllah,mesej yang hendak disampaikan lebih nyata,dan saya sangat harap adik-adik pun dapat sama-sama rasa cinta akan Allah dan jalan dakwah ini.kerana itu,sewaktu saya diberitahu terpaksa berpisah dengannya,berguguran air mata ini,saya belum bersedia untuk membawa adik-adik seorang diri!
Hari ini,baru sebentar tadi,kami tadhabbur surah Al-Qasas:1-30,di mana Al-Qasas itu sendiri bermaksud cerita-cerita,lantas kami betul-betul membuat story telling,bermula dengan zaman fir’aun yang kita kenal dengan keegoan terlampaunya dan bagaimana dia sangt takuti,seorang lelaki yang akan bangkit menentangnya yang berasal dari bani Israel.
Yukabid,itulah bonda musa,yang dengan penuh redha dan yakin lantas menghanyutkan bayinya yang baru lahir,yang akhirnya mengalir dan sampai ke tangan Asiah,isteri Fir’aun.Allah lantas mengotakan janji-nya dan dengan taqdirnya,yukabid menjaid ibu susuan musa.
Kemudian beralih ke zaman remajanya ,setelah beberapa peristiwa yang berlaku di Memphis,membuat dia merantau jauh sehinggalah berjumpa dengan jodohnya,iaitu anak nabi syu’aib.
Setelah bekerja dengan syu’aib.musa merantau untuk kembali kepada tempat asal dia bersama dengan keluarganya,namun akhirnya dia di angkat untuk menjadi rasul.
Begitulah kisah yang ada di dalam Al-Quran yang khas ditujukan untuk orang-orang beriman.kitakah?insyaAllah,kitalah.
Penutup tirainya,kami berkongsi dan berdiskusi tentang hadis arba’in yang ke 13,ukhwah islamiyyah.
Ertinya:
“Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a pelayan Rasulullah s.a.w bahawa baginda Nabi s.a.w bersabda,’Seorang di antara kamu tidak dikatakan beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.’”
Hadis riwayat muslim
Disinilah saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian,tahapan ukhwah paling rendah adalah berlapang dada dan tahapan ukhwah paling tinggi adalah itsar.sudahkah kita melepasi tahapan ukhwah yang paling rendah?
Dan dengan menghidang tayanganmaka berakhirlah usrah kami,tayangan multimedia mengenai Rasulullah,insan yang memang mencintai saudaranya lebih pada dirinya sendiri,kerana,di saat Baginda bergelut dengan saat kewafatan,baginda masih menyebut tentang kita,’umati,umati,umati’ sekerap manakah kita ingat akan kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w?
Comments
suke....
hehe,mung pun join usrah kat sane kan?may you get the feeling too!
liyana-
the first sitting was done right?semoga awak pun rasa apa yang kita rasa insyaAllah!sayu je tengok adik2 ni.