Posts

Showing posts from March, 2015

katakan dan bergeraklah!

Seiring dengan tali arus teknologi, nampaknya diri hamba yang marhaen ini juga, berjalan beriringan. Setiap kali menekan kekunci dan menulis beberapa perenggan, pasti akhirnya akan tekan 'backspace' sebab merasai ayat-ayat serta cerita yang dilontarkan tidak cukup umphhh untuk di sajikan kepada para pembaca. saya lebih selesa dan memilih untuk post gambar serte sedikit caption di instagram dan tumblr, dan akhirnya saya sendiri tersungkur dalam sibuk-sibuk melihat ig orang pula -,- . kenapa di blog susah? sebab aim saya apa pun, adalah untuk sampai perasaan yang berkobar-kobar tentang dakwah itu. bahawa hanya dengan matlamat untuk pastikan setiap inci bumi tertegak kalimah Allah pemilik alam ini, wasilah dakwah dan tarbiyyah lah yang boleh reach kepada matlamat tersebut. jadi saya merasai, melalui blog, mesej kurang sampai, ekspresi kurang sengat. sebab kalau huraian tentang dakwah, pasti merasai kerdil, kerana saya sendiri merasai diri ini tidak pandai menghuraik...

escape

Is it that horrible if you face a problem, but you do not deal with it, and run away instead. pengecutkah? who said?

sudah hampir 91 tahun berlalu dan kita masih disini.

Dek kerana saya masih bergelumang dengan jahiliah yang setelah sekian lama, saya baru sedar, saya tidak bermujahadah dengan bersungguh untuk mengikisnya, Saya makin sedar, saya sudah menjadi sangat penat berlawan tidak memakai senjata dan berjuang dengan tiada strategi, Saya juga sedar, saya kerap kali tersungkur menyembah bumi dek kerana penangan jahiliah itu, Saya malu dengan ummi abah saya, malu dengan akhawat fillah saya, dan PALING malu dengan Allah dan ar-rasul kerana saya masih berkecimpung dengan jahiliah saya itu, Saya buntu kerana hakikatnya, saya ingin berhijrah dan meninggalkan jauh-jauh jahiliah itu. Akhawati fillah, maukah kamu menjadi saksi perubahanku? saya scroll timeline facebook pada 3 mac baru baru ini, dan saya dapati, sangat sikit mereka yang menyatakan kesdihan secara verbal, kejatuhan khilafah yang sudah mencecah 91 tahun. saya takut kerana saya yang masih berjahiliah inilah, yang melambatkan kebangkitan khalifah itu. saya tidak ma...

Kapal yang hampir karam di lautan yang bergelora

Pada suatu saat, saya tengah duduk mendongak ke langit yang luas yang tiada penghujungnya. Fikiran saya di bawa untuk menerawang ke seluruh pelusuk bumi. Betapa langit yang saya lihat di bumi Mesir ini juga dikongsi dan dilihat di tempat lain juga. Langit ini yang juga menjadi bumbung mereka di Rusia, juga mereka di China, dan juga mereka di Malaysia sendiri. Langit milik ilahilah yang kami berlindung. Tiada penakluk melainkan Allah. Seusai itu, saya terfikir pula, perjalanan tarbiyyah saya, yang akhirnya bawa saya mengembara hingga ke tanah yang pernah menjadi tanah pijakan Sultan Saifuddin Qutuz. Sultan yang bijaksana dalam memerangi dan memenangi perlawanan menentang tentera Tartar itu. Jauh juga kakiku berjalan bisik hati kecil ini. Kemudian hati itu berbisik lagi, hingga akhir hayatkah akan kakiku menapaki jalan para salafus soleh ini? Andai langit yang cerah ini juga mendung dek hujan yang akan turun, apatah lagi iman dalam diri, bukan semestinya akan sentiasa akan...