arjuna dan juwita

Hati terasa begitu kosong, hidup terasa seperti zombie, itulah perasaanya semalam. Sambil menghela nafas panjang, lantas meng'whatsapp' adik,

'akak dah tunggu awak dibawah'
'okay'

balasnya sepatah lantas adik itu pun turun, dan kami terus bergandingan ke pantai. Sambil-sambil bertukar-tukar khabar sebab dah lama tak bersua, alasannya, masing-masing menghadapai musim peperiksaan, akhirnya, sudah nampak kelibat pantainya, indah subhanaAllah.

Terus kami menuju ke arah nafak(terowong) dan menyeberangi jalan dengan melalui nafak tersebut sehingga kami betul-betul bertentangan dengan laut dan angin menampar-nampar muka kami.

Lantas dari perbualan rancak, terus terdiam, tenang melihatkan alam.

Ruh segera menyahut seruan alam, tamparan angin, pukulan ombat di lautan dan manusiawi lalu lalang, mencukupkan segalanya pada hari itu,

'kita nak duduk mana dik'
'tak kisah kak'

Lalu kami menyelusuri tempat pejalan kaki sambil disambut deruan angin yang kencang dan dingin menandakan musim sejuk masih malu-malu untuk terus memberkahi mesir ini.

akhirnya, kami pitstop di tembok dan kami meneruskan perbualan, although i felt as if i kept quiet more than i do,

'awak tahu tak, akk tengah rasa diri akk bagaikan langit, yang luas terbentang namun tiada penghujung.Ada baik dan ada buruk pada perasaan itu, baiknya, sebab akk meluaskan jiwa akk untuk terima semua benda, tapi buruknya, akk rasa seperti tidak menuju kemana-mana, sebab perasaan itu terlalu terasa luas tanpa ada pemfokusan.'

'apa matlamat awak dik,' melihatkan dia hanya mendengar, diam seribu bahasa, aku terus menyambung dengan persoalan,

'i want to be human'

' i do not want to go with the flow, because i just want to be someone useful' gumamnya perlahan.

aku tunduk.

benar kata adik itu yang seorang, hidup ini berhadaf, kalau betul ghayah nya Allah, kenapa goyah dipertengahan?

tanpa sedar, adik itu menyedarkan aku cara memberi pemfokusan, yakni menjadi manusia yang berguna,

do not simply go with the flow!

kenapa aku boleh rasa lalut dipertengahan kerja dakwah yang mekar, adalah kerana aku terlupa matlamat asal, lantas go with the flow melulu itu tak boleh!

selagi matlamatnya belum ditajdidkan, jangan lagi go with the flow, once dah tune mindset, dah refresh niat, then baru carry on life.

Akhirnya, kami melihatkan matahari terbenam, membenamkan diri serta melelapkan cahayanya dari seluruh alam,

terbenam bersama perasaan ku yang gelisah, membawa pergi segala keegoan, negatif mindset dan meleburkan perasaan malas berfikir.

seusai azan, kami menuju, menyeberangi nafak, untuk menumpang solat di masjid, untuk kembali kepada tuhan kami, Allah.

aku berasa lega,
pertemuan dengan laut,
menenangkan fikiran sepertimana,
Sang kekasih yang memujuk cinta hatinya,

Terima kasih Allah.





Comments

Popular posts from this blog

the diary of a wirawati

light upon light in Ramadan.

KTT's most wanted